SUBANG JAYA, 5 APRIL: Seramai 400 mangsa insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights menerima bantuan wang tunai sejumlah RM3,000 hari ini.
SHAH ALAM, 5 APRIL: Sebanyak lima pengangkutan khas disediakan kepada anak-anak mangsa letupan gas Putra Heights bagi meneruskan sesi persekolahan pada Isnin ini.
KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya memohon agar pihak berkaitan dapat menyediakan kemudahan pengangkutan bagi menghantar anak mereka pergi dan balik sekolah berikutan sesi persekolahan akan dibuka semula minggu depan selepas cuti sempena Aidilfitri.
SHAH ALAM, 5 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menitahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Selangor yang dijadualkan esok dibatalkan bagi menghormati mangsa dan keluarga yang sedang berdepan musibah susulan insiden di Putra Heights.
KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang berkenan mencemar duli melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna, Masjid Putra Heights, membuatkan mangsa terkesan kebakaran saluran gas terharu akan keprihatinan Seri Paduka Baginda.
SHAH ALAM, 5 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang ini.
SHAH ALAM, 5 APRIL: Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 peringkat Selangor yang dijadual berlangsung esok dibatalkan, maklum Dato' Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengerusi Eksekutif International Institute of Strategic Studies Asia (IISS-Asia) Sir John Miguel Warwick Chipman, di pejabat beliau di Putrajaya, semalam.
KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Kerja-kerja penilaian akhir keselamatan di kawasan kawah kebakaran dan letupan paip gas di Putra Heights, dijangka selesai esok.
SHAH ALAM, 5 APRIL: Seramai 498 mangsa kebakaran masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 510 mangsa yang direkodkan semalam.
Oleh: Aliff Haiqal Mohamed SUBANG JAYA, 5 APRIL: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan melawat mangsa kebakaran saluran paip gas di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, di sini, hari ini. Sultan Ibrahim tiba kira-kira jam 10.20 pagi dan meluangkan masa hampir...
SHAH ALAM, 5 APRIL: Kerajaan Negeri mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak sama ada swasta, korporat mahupun individu kepada mangsa kebakaran di Putra Heights menerusi Tabung Selangor Prihatin.
Oleh Samantha Tan Chiew Tieng PUTRAJAYA, 5 APRIL: Malaysia akan memperluas kerjasama dalam pengurusan bencana dengan beberapa negara termasuk Jepun, Rusia dan Korea Selatan agar kepakaran Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) terus diperkukuh. Ketua Pengarah Agensi Pengurusan...
KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Hanya kediaman yang mengalami kerosakan kurang daripada 20 peratus dalam insiden kebakaran dan letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya akan dibenarkan untuk dihuni kembali bagi menjamin keselamatan penghuninya.
KUALA LUMPUR, 4 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesan daripada langkah tarif terkini oleh Amerika Syarikat (AS) kepada ekonomi negara masih dalam peringkat penilaian oleh kementerian dan agensi yang berkaitan diterajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
KUALA LUMPUR, 4 APRIL: Putrajaya hari ini menegaskan tarif timbal balas tidak memenuhi prinsip perdagangan bebas dan adil seperti ditetapkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), yang dianggotai oleh 164 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS).
PUTRAJAYA, 4 APRIL: Sebanyak 46 orang daripada keseluruhan 134 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lepas masih menerima rawatan di hospital dan klinik.
SEREMBAN, 4 APRIL: Nasib seorang mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terlibat dalam insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini mendapat perhatian daripada pihak pentadbiran universiti berkenaan.
KUALA LUMPUR, 4 APRIL: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Raja akan menanggung bil utiliti Masjid Putra Heights, Subang Jaya, Selangor yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa kebakaran saluran gas, Selasa lepas.
SUBANG JAYA, 4 APRIL: Laporan awal hasil siasatan letupan paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights di sini dijangka siap dalam tempoh dua minggu, maklum ketua polis Selangor.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.