Gombak, Sepang antara tujuh daerah diramal hujan lebat hingga 8 malam

3 Jan 2026, 9:05 AM
Gombak, Sepang antara tujuh daerah diramal hujan lebat hingga 8 malam
Gombak, Sepang antara tujuh daerah diramal hujan lebat hingga 8 malam
Gombak, Sepang antara tujuh daerah diramal hujan lebat hingga 8 malam

SHAH ALAM, 3 JAN: Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat serta ribut petir hingga 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama di Kuala Lumpur dan Putrajaya selaun beberapa daerah di Perak, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.