KUALA LUMPUR, 9 JUL: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus merupakan satu langkah yang berhemah dan proaktif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.
KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Malaysia akan terus berpendirian tegas dalam perkara penting berkaitan kepentingan dan kedaulatan negara ketika rundingan mengenai tarif yang diadakan dengan Amerika Syarikat (AS).
KUALA LUMPUR, 9 JUL: Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.18 dan RM2.05 seliter manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia naik tiga sen kepada RM2.88 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Julai.
Pelantikan penasihat strategik dan MoU tiga hala tandai pencapaian utama PETALING JAYA, 10 JULAI: Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) telah meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya dengan satu majlis gala, menandakan sedekad kejayaan dalam memacu transformasi...
SHAH ALAM, 9 JULAI: Tiada keperluan untuk Kerajaan Selangor mengeluarkan kertas putih berhubung letupan paip gas Putra Heights sebaliknya memberi ruang untuk jawatankuasa khas yang ditubuhkan meneliti laporan siasatan lengkap insiden berkenaan.
KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Di tengah perbincangan serius mengenai masa depan Asia Tenggara, Malaysia sempat 'menyelitkan' minuman kegemaran rakyat - teh tarik pada sesi pleno Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan hari ini.
KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.
KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta ketika misi perdagangan dan pelaburan ke Perancis yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Julai lalu.
KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Asean perlu memastikan penyelarasan yang lebih padu antara dasar luar dan ekonominya bagi memperkukuh perpaduan serantau dalam persekitaran ketegangan geopolitik dan perdagangan yang semakin meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan negara berkenaan mengenakan kadar tarif balas terkini sebanyak 25 peratus ke atas eksport Malaysia.
KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Program Anak Kita menunjukkan keberkesanan apabila pelaksanaan Program Pecutan SPM 2024 berjaya mengatasi sasaran awal yang ditetapkan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengingatkan mahasiswa supaya lebih berwaspada dan tidak terjebak dalam skim pinjaman atau pembelian “beli dulu, bayar kemudian” yang boleh membebankan mereka dengan hutang yang tinggi.
SHAH ALAM, 9 JULAI: Pembinaan kemudahan awam seperti pangsapuri, kilang dan kedai di tanah milik kerajaan dibuat mengikut perancangan dan syarat ketat ditetapkan pentadbiran negeri.
KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan sentimen berhati-hati pelabur menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia hari ini ketika ahli ekonomi tidak senada mengenai prospek penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kata penganalisis.
SHAH ALAM, 9 JULAI: Festival Turath Islami Selangor (FTIS) kali ketiga dari 12 hingga 20 Julai ini akan mengupas Kitab Dalail al-Khairat, yang menghimpunkan doa dan selawat penuh keindahan buat Nabi Muhammad SAW.
KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean (AMM) ke-58 di sini hari ini.
PUTRAJAYA, 8 JULAI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 8,322 kenderaan buatan Kia, Yamaha dan Mercedes-Benz untuk tujuan pemeriksaan susulan kecacatan pada struktur, peralatan atau sistem.
KUALA LUMPUR, 8 JULAI Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang merangka satu modul khas bagi membendung penularan fahaman radikal dalam kalangan pekerja asing di negara ini.
LIMBANG, 8 JUL: Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing di tebing sungai berhampiran Kampung Pandam di sini petang tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.