Warga emas berkerusi roda ditemukan lemas di Sungai Kampung Kuantan

5 Apr 2026, 7:23 AM
Warga emas berkerusi roda ditemukan lemas di Sungai Kampung Kuantan

SHAH ALAM, 5 APRIL: Seorang warga emas ditemukan lemas dalam keadaan berkerusi roda di Sungai Kampung Kuantan, Kuala Selangor pagi tadi, selepas dilaporkan terjatuh tiga hari lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata lelaki warga tempatan berusia 63 tahun itu ditemukan pada 8.30 pagi oleh orang awam berhampiran jeti Batu Tujuh Setengah.

“Mangsa ditemukan kira-kira 5.5 kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh. Laporan kejadian ini diterima pada 9.09 malam 3 Mac,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang serta Unit Anjing Pengesan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.