Ribut petir landa Selangor, Perak dan beberapa negeri pagi ini

4 Apr 2026, 11:20 PM
Ribut petir landa Selangor, Perak dan beberapa negeri pagi ini

SHAH ALAM, 5 APR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri sehingga jam 9 pagi ini.

Antara kawasan terjejas ialah Perak melibatkan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak serta beberapa daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Turut terlibat ialah Putrajaya, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Alor Gajah dan Melaka Tengah di Melaka.

Di Malaysia Timur, kawasan terjejas melibatkan Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak serta Sipitang di Sabah selain Wilayah Persekutuan Labuan.

MetMalaysia memaklumkan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku dalam tempoh berkenaan.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih satu jam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.