Hujan lebat, ribut petir landa beberapa daerah di Selangor hingga 7 malam

5 Apr 2026, 7:40 AM
Hujan lebat, ribut petir landa beberapa daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 5 APRIL: Beberapa daerah di Selangor dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terlibat di Selangor ialah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa negeri lain termasuk Perak, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

Di Perak, kawasan terjejas melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Selain itu, di Terengganu membabitkan Hulu Terengganu dan Dungun, manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin.

Amaran turut melibatkan Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan serta Mersing, Kulai dan Kota Tinggi di Johor.

Di Sarawak, kawasan terjejas ialah Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu (Tatau).

Selain itu di Sabah pula melibatkan Beaufort serta beberapa kawasan Pantai Barat termasuk Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud serta Tawau.

"Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

“Amaran ini merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mengambil langkah keselamatan terutama di kawasan berisiko banjir kilat serta pokok tumbang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.