Pembenihan awan bermula 6 April, atasi paras air empangan susut

4 Apr 2026, 9:40 AM
Pembenihan awan bermula 6 April, atasi paras air empangan susut
Pembenihan awan bermula 6 April, atasi paras air empangan susut
Pembenihan awan bermula 6 April, atasi paras air empangan susut
Pembenihan awan bermula 6 April, atasi paras air empangan susut

SHAH ALAM, 4 APRIL: Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilaksanakan dari 6 hingga 9 April ini sebagai langkah meningkatkan paras air empangan susulan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan operasi berkenaan akan digerakkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata usaha OPA penting berikutan cuaca panas yang menjejaskan paras air empangan.

"Situasi cuaca panas ini dijangka bertambah baik apabila negara memasuki fasa peralihan monsun yang bermula sejak 29 Mac dan dijangka berterusan sehingga Mei.

"Peralihan monsun ini dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh singkat yang mampu meredakan suhu panas dan meningkatkan semula paras air empangan," katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pelaksaanaan operasi akan memberi tumpuan kepada negeri di utara Semenanjung serta Johor sebagai langkah menyokong keperluan air rakyat di kawasan terjejas.

NRES menasihati orang ramai sentiasa peka terhadap perubahan cuaca yang tidak menentu serta mendapatkan maklumat tepat melalui saluran rasmi MetMalaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.