PUTRAJAYA, 15 JULAI: Keahlian Majlis Media Malaysia (MMM) dibuka pada awal Ogos dan ditutup akhir September ini, dengan bayaran nominal RM10, menurut Ahli Lembaga Pengasas MMM.
GEORGE TOWN, 15 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita pelbagai aset dianggarkan bernilai lebih RM183 juta, susulan serbuan terhadap sindiket penyeludupan besi di lima negeri yang dijalankan sejak semalam.
KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Aiew Fook menyuarakan harapan supaya rundingan mengenai tarif yang sedang diadakan dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan membantu mengurangkan kesan terhadap industri maritim Malaysia dan memastikannya kekal berdaya saing.
KUALA LUMPUR, 15 JULAI: CyberSecurity Malaysia (CSM) kini di peringkat akhir penyediaan strategi penguatkuasaan yang menumpukan kepada memperkukuh kepercayaan digital dan mempertingkatkan keselamatan data, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
SHAH ALAM, 15 JULAI: Penubuhan jawatankuasa bagi menilai laporan penuh insiden Putra Heights akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 15 JULAI: Dato' Menteri Besar menegaskan lantikan syarikat pengendali, Rantaian Mesra Sdn Bhd bagi mengendali kutipan bayaran parkir kenderaan bukannya dilakukan secara terus sebaliknya terbuka.
SHAH ALAM, 15 JULAI: Kerajaan Negeri memperkukuh kesiapsiagaan mendepani cabaran perubahan iklim dengan merangka tindakan proaktif melibatkan jabatan dan agensi berkaitan.
SHAH ALAM, 15 JULAI: Seorang lelaki warga Bangladesh maut, manakala lima cedera dihempap runtuhan rak penyimpanan barang setinggi 17 tingkat di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Olak Lempit, di sini, hari ini.
SHAH ALAM, 15 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca kering dan kurang hujan akan berlaku di kebanyakan kawasan di seluruh negara bermula 18 hingga 23 Julai ini.
IPOH, 15 JULAI: Dua lelaki warga China maut manakala pemandu warga tempatan cedera selepas kereta dinaiki terbabas, ketika cuba mengelak sebuah lori di Kilometer 316.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, malam tadi.
SHAH ALAM, 15 JULAI: Seorang operator maut dalam kejadian letupan mesin pengering di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Kawasan Perindustrian Tanjung, Sepang, pada Sabtu lalu.
GEORGE TOWN, 15 JULAI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggempur sindiket penyeludupan besi buruk di lima negeri yang dipercayai membayar rasuah kepada penguat kuasa sehingga menyebabkan kerajaan kerugian hasil cukai eksport mencecah lebih RM950 juta.
KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi bayangan akan mengumumkan suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia dalam masa terdekat.
JASIN, 14 JULAI: Seorang penduduk terkejut apabila menemukan sebutir objek dipercayai bom lama ketika melakukan kerja pembersihan di kebun kelapa sawit miliknya di Felda Bukit Senggeh, Nyalas, di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Seramai 72 peserta dari 50 negara akan menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bulan depan.
PASIR SALAK, 14 JULAI: Proses pembenihan awan akan dilaksanakan di lokasi yang terlibat bagi menangani masalah sawah kering akibat cuaca panas, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
SHAH ALAM, 14 JULAI: Polis akan memanggil seramai 50 individu untuk memberi keterangan berhubung siasatan terhadap sebuah program motivasi rumah tangga yang didakwa mempunyai unsur songsang dan terpesong.
KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memanggil dua saksi baharu untuk memberi keterangan esok berhubung program motivasi rumah tangga e-Hati yang dikatakan mengandungi unsur lucah dan penyebaran fahaman meragukan bagi membantu siasatan.
SEPANG, 14 JULAI: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menolak kemasukan 131 warga asing di Terminal 1 di sini pada Jumaat lepas kerana gagal memenuhi syarat kemasukan.
JASIN, 14 JULAI: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan perbincangan bagi mengehadkan jumlah guru untuk menyertai aktiviti luar sekolah, kata Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.