SHAH ALAM, 10 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 7 malam ini.
Antara negeri terlibat ialah Perlis serta beberapa kawasan di Kedah termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.
Di Perak, kawasan terjejas melibatkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron dan Jerantut.
Di Selangor pula, amaran melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, selain turut merangkumi Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Negeri Sembilan turut terlibat melibatkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau.
Sementara itu di Sarawak, kawasan terjejas termasuk Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri, manakala di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku dalam tempoh lebih sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mengelakkan aktiviti luar sepanjang tempoh cuaca buruk tersebut.





