KOTA BHARU, 14 FEB: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas balak, mesin dan kayu yang diproses secara haram dianggarkan bernilai RM8.22 juta di Kampung Bukit Tunku, Pasir Mas kelmarin.
SEREMBAN, 14 FEB: Warga emas dijatuhkan hukuman penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan melakukan amang seksual dan mengugut melakukan aktiviti sosial terhadap anak saudaranya, awal bulan ini.
KUANTAN, 14 FEB: Polis sudah mengenal pasti identiti suspek kes wanita yang ditemukan mati dipercayai dibunuh di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini semalam.
KUANTAN, 14 FEB: Mayat seorang peniaga makanan wanita ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini semalam .
KUALA LUMPUR, 13 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk seorang bergelar Datuk kerana disyaki terlibat rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
PUCHONG, 13 FEB: Taktik empat kilang menggunakan penandaan Standard Malaysia (MS) 224 yang tidak sah pada tayar celup pneumatik untuk mengaburi pihak berkuasa terbongkar apabila diserbu dalam operasi bersepadu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sekitar Selangor hari ini.
KUALA TERENGGANU, 13 FEB: Pesara wanita kerugian RM66,000 manakala guru lelaki pula hilang wang simpanan RM43,750 akibat diperdaya sindiket penipuan cabutan bertuah di laman Facebook.
ALOR GAJAH, 13 FEB: Suami direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan isterinya yang maut selepas motosikal ditunggang wanita itu terbabas di Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin di sini, tengah malam semalam.
SHAH ALAM, 13 FEB: Pesara swasta kerugian RM1.7 juta selepas terperdaya dengan prospek pelaburan diberikan individu yang menggunakan gelaran 'Profesor'.
BANGKOK, 12 FEB: Lima belas rakyat Malaysia antara 260 warga asing yang menjadi mangsa sindiket pusat panggilan di Myawaddy, Myanmar, yang dibebaskan pihak berkuasa negara itu dan dihantar ke Thailand untuk proses penghantaran pulang.
SHAH ALAM, 12 FEB: Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
SEPANG, 12 FEB: Dua lelaki warga tempatan ditahan bersama 18.97 kilogram (kg) dadah disyaki methamphentamine, dalam dua tangkapan berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini pada 7 dan 8 Feb lepas.
SHAH ALAM, 11 FEB: Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah kedai runcit di Bandar Parklands, Klang, petang semalam.
KUANTAN, 11 FEB: Dua wanita kerugian RM565,200 selepas masing-masing terperdaya dengan skim pelaburan dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
KUALA LUMPUR, 11 FEB: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Majlis Raja-Raja di platform media sosial Facebook.
KUALA LUMPUR, 11 FEB: Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin suspek kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lepas akan ditahan dalam masa terdekat.
KANGAR, 11 FEB: Pekerja kantin direman enam hari bagi membantu siasatan kerana disyaki memukul anak perempuannya berusia empat tahun hingga tersungkur dan cedera terhantuk di bucu bangku di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Arau.
KUALA LUMPUR, 10 FEB: Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang, Selangor pada Sabtu lepas.
BUKIT MERTAJAM, 10 FEB: Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menghalang tugas penjawat awam ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.
KUALA LUMPUR, 10 FEB: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 58 laporan berhubung penipuan skim pelaburan mesin layan diri anjuran sebuah syarikat dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM6.7 juta.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.