Pelakon lelaki buat laporan, polis siasat dakwaan seks luar tabii

2 Feb 2026, 8:45 AM
Pelakon lelaki buat laporan, polis siasat dakwaan seks luar tabii

SHAH ALAM, 2 FEB: Polis mengesahkan sudah merakam keterangan pelakon lelaki berhubung dakwaan menjadi mangsa seks luar tabii melibatkan pengarah drama.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, keterangan lelaki berusia 35 tahun itu dirakam semalam susulan laporan dibuat berhubung kejadian yang didakwa berlaku pada 2005.

“Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Sebelum ini, media melaporkan polis mengesahkan menerima laporan daripada pelakon lelaki berkaitan dakwaan kejadian seks luar tabii.

Pelakon terbabit menerusi satu hantaran di laman Threads mendedahkan pernah mengalami pengalaman pahit ketika kanak-kanak apabila mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Menurut pendedahan itu, beliau mendakwa perbuatan liwat dilakukan ketika masih kecil oleh individu dalam lingkungan keluarganya sendiri yang juga dikatakan mempunyai pengaruh dalam industri seni.