KUALA LUMPUR, 16 JUN: Seorang buruh warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kereta secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki, minggu lalu.
SEREMBAN, 16 JUN: Seorang lelaki warga emas direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji melibatkan sekumpulan jemaah yang mendakwa dikurung dan diarahkan melalui laluan berbahaya di Arab Saudi.
KUALA LUMPUR, 16 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu disyaki menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hasil sumbangan orang ramai bernilai RM26 juta.
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Polis sedang mengenal pasti dalang atau agensi tempatan yang bertanggungjawab dalam kes penipuan pakej haji melibatkan sekumpulan jemaah warga emas yang mendakwa dikurung dan diarahkan melalui laluan berbahaya di Arab Saudi untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Tiga lelaki warga Bangladesh antara lapan individu berusia 24 hingga 43 tahun yang ditahan dalam Op Noda, di enam premis hiburan di sekitar ibu negara awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Kematian seorang wanita warga emas yang ditemukan di rumahnya di Pandan Indah di sini pada Jumaat lepas, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail.
JOHOR BAHRU, 15 JUN: Ketua Polis Johor CP Datuk M Kumar menafikan sebuah video tular di platform TikTok yang memaparkan individu didakwa menyerupai beliau menerima bantuan daripada ‘Datok Abdul Malik’.
KUANTAN, 14 JUN: Dua maut manakala dua lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan lori treler di Batu 12 Jalan Kuantan-Maran dekat sini petang tadi.
KUANTAN, 14 JUN: Seorang pesara guru kerugian RM216,067 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon oleh individu yang menyamar sebagai ejen insurans dan pegawai polis.
SHAH ALAM, 14 JUN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mematahkan empat cubaan menyeludup keluar dua jenis dadah dianggarkan seberat 22,348 gram (g) bernilai RM2.61 juta April lalu.
KUALA LUMPUR, 14 JUN: Seorang lelaki maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas disyaki ditembak dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 13 JUN: Seorang pejalan kaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai akibat dirempuh sebuah kereta yang terbabas dalam kemalangan di Jalan Ipoh menghala Bulatan Kepong dekat sini, pagi tadi.
MELAKA, 13 JUN: Bedah siasat ke atas mayat ibu dan anak lelaki sulung yang mati dibunuh remaja lelaki berusia 17 tahun menemukan kesan tikaman di dada dan belakang badan mangsa.
SHAH ALAM, 13 JUN: Polis menumpaskan sindiket jual cecair vape disyaki mengandungi dadah selepas menahan dua lelaki tempatan dan 10 warga asing dalam serbuan berasingan di sekitar Klang Utara dan Sungai Buloh pada 10 serta 11 Jun lalu.
IPOH, 13 JUN: Hanya selepas 11 tahun seorang pesara doktor menyedari ditipu dan terpaksa menanggung kerugian lebih RM3.9 juta selepas menyertai satu skim pelaburan tidak wujud.
SHAH ALAM, 13 JUN: Kertas siasatan berhubung kes pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun baru-baru ini sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
KUALA LUMPUR, 13 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi membuat sitaan barangan mewah berjumlah kira-kira RM16 juta berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri, semalam.
KUALA LUMPUR, 13 JUN: Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tangkapan tiga rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi rap di Laos atas kesalahan memiliki dadah, termasuk kemungkinan mereka diperdaya atau dipergunakan sindiket antarabangsa.
JOHOR BAHRU, 13 JUN: Seorang lelaki warga Myanmar yang dikehendaki polis selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Tangkak Rabu lalu berjaya ditahan awal pagi tadi di kawasan Batu Berendam Melaka.
KUALA LUMPUR, 12 JUN: Jabatan Imigresen (JIM) menahan 188 pendatang tanpa izin ketika leka “melayan” muzik “dugem” (dunia gemerlap) dalam operasi khas di sebuah pusat hiburan di kawasan Pudu di sini, kira-kira 2 pagi semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.