PUTRAJAYA, 25 JUN: Seorang pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan sekali lagi kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram dan menggunakan hasil rasuah melalui akaun peribadi, syarikat miliknya serta saudara dan sekutu.
KUALA TERENGGANU, 25 JUN: Polis menerima 22 laporan berkaitan kecurian termasuk kabel membabitkan kerugian RM300,000 di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu bermula 1 Jan hingga 31 Mei tahun ini.
KUALA LUMPUR, 25 JUN: Seorang buruh warga asing ditahan bersama dadah jenis methamphetamine seberat 20.85 kilogram dianggar bernilai RM80,000 di kawasan sebuah pusat beli-belah di Taman Melawati, Ampang, Sabtu lepas.
MELAKA, 24 JUN: Sepasang suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penderaan membabitkan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia sembilan tahun yang disyaki maut akibat didera.
TELUK INTAN, 24 JUN: Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pemilik syarikat lori yang terbabit dalam kemalangan dengan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hingga sembilan anggota maut pada 13 Mei lepas.
JOHOR BAHRU, 23 JUN: Peniaga kerugian RM1.1 juta selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.
JOHOR BAHRU, 23 JUN: Polis Johor menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif sejak awal tahun ini menerusi dua serbuan berasingan di kawasan perumahan sekitar Johor Bahru, dengan nilai rampasan termasuk sitaan barang dianggarkan bernilai RM7.1 juta.
KUALA LUMPUR, 23 JUN: Cubaan satu sindiket antarabangsa menyeludup dadah jenis kokain dalam bentuk katrij vape melalui Malaysia terbongkar apabila polis berjaya menahan empat individu dan merampas hampir 5,000 katrij bernilai RM 7.2 juta dalam serbuan di Ampang Jaya, Khamis lepas.
MELAKA, 23 JUN: Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini dipercayai akibat didera.
GEORGE TOWN, 23 JUN: Polis menahan dua lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol kerana mendatangkan kecederaan kepada seorang anggota polis dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini semalam.
SERDANG, 23 JUN: Polis menahan 10 warga tempatan disyaki terlibat dengan sindiket penipuan pelaburan saham mata wang asing, yang menyebabkan kerugian sehingga RM399,787 dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Puteri, Puchong dekat sini.
SEREMBAN, 22 JUN: Seorang pengawal keselamatan warga tempatan cedera parah selepas ditetak dengan parang dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Bandar Baru Nilai, dekat sini hari ini.
KOTA BHARU, 22 JUN: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun pada 12 Jun lepas.
GEORGE TOWN, 22 JUN: Dua lelaki termasuk seorang warga emas mengalami kerugian RM2.35 juta selepas masing-masing menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian, pada kejadian berasingan di Pulau Pinang baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 22 JUN: Polis sedang memburu dua lelaki kerana disyaki cuba melakukan samun bersenjata di sebuah kedai di Hulu Selangor pada awal pagi 18 Jun lepas.
BUKIT MERTAJAM, 21 JUN: Polis menahan 46 lelaki warga asing susulan kekecohan di pekarangan sebuah hotel yang dijadikan penginapan pekerja di sini malam tadi.
SHAH ALAM, 21 JUN: Polis sedang menyiasat satu kejadian buli melibatkan pelajar perempuan di dalam tandas sebuah sekolah menengah di Klang kata Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao.
SHAH ALAM, 21 JUN: Polis sedang menyiasat sama ada wujud penglibatan kongsi gelap dalam kes seorang lelaki ditemukan mati di dalam kereta dipercayai akibat ditembak berhadapan sebuah kedai motosikal di Meru, Klang semalam.
GEORGE TOWN, 21 JUN: Seorang pesara kilang kerugian RM733,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan dalam talian pada Mac lepas.
MELAKA, 21 JUN: Sepasang kekasih ditahan kerana disyaki terlibat dalam tujuh kes jenayah pecah rumah dan samun di dalam serta luar Melaka sejak Januari lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.