Kanak-kanak lelaki dihanyutkan arus deras ditemukan meninggal dunia

28 Mei 2026, 10:38 AM
Kanak-kanak lelaki dihanyutkan arus deras ditemukan meninggal dunia
Kanak-kanak lelaki dihanyutkan arus deras ditemukan meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 28 MEI: Kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Bernam, Kampung Sungai Nilam di sini semalam ditemukan meninggal dunia petang tadi.

Ketua Zon 6 Selangor Penguasa Bomba Kanan II Mustakim Rimon berkata mangsa berusia 10 tahun ditemukan pada 4.36 petang kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

“Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman di kawasan sungai yang berkedalaman kira-kira enam meter sebelum menemukan mangsa di dasar sungai dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari kedua melibatkan pencarian di permukaan sungai dalam radius tiga kilometer dari lokasi kejadian dengan bantuan beberapa agensi termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River.

Mustakim berkata operasi itu turut dibantu Unit PPDA dan Unit Pengesan (K9) selain anggota polis, Kementerian Kesihatan, Pasukan Bomba Sukarela dan Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Semalam, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 1.40 tengah hari berhubung insiden itu sebelum sepasukan anggota dari BBP Kuala Kubu Baharu dan Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor ACP Ibrahim Husin berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh ketika bermain di tebing sungai sebelum dihanyutkan arus deras.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.