KAHERAH, 2 FEB: Lima puluh pesakit dari Semenanjung Gaza memasuki Mesir pada Sabtu melalui Pintu Sempadan Rafah, satu-satunya laluan antara wilayah Palestin itu dan Mesir, lapor Xinhua yang memetik siaran TV Nile milik Kerajaan Mesir.
ANKARA, 1 FEB: Kumpulan Palestin Hamas semalam mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan hari ini sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
HAMILTON (Kanada), 1 FEB: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa, lapor Agensi Anadolu.
MOSCOW, 31 JAN: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas negara BRICS sekiranya blok itu mencipta mata wang baharu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
ISTANBUL, 31 JAN:Tentera Israel melakukan 15 pelanggaran baharu terhadap perjanjian gencatan senjata di Lubnan pada Khamis, lapor Agensi Anadolu (AA).
THE HAGUE 31 JAN: Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
MOSCOW, 30 JAN: Pasukan penyelam mungkin telah menemukan satu daripada dua perakam data, atau dikenali sebagai kotak hitam, milik pesawat yang terhempas berhampiran Washington DC, lapor CBS pada Khamis, menurut Sputnik/RIA Novosti.
ANKARA, 30 JAN: Kumpulan pejuang Palestin, Hamas membebaskan seorang askar wanita Israel di Gaza hari ini di bawah perjanjian gencatan senjata dengan Israel, lapor Agensi Anadolu.
HAMILTON (Kanada), 30 JAN: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu, menurut Agensi Anadolu.
KAHERAH, 30 JAN: Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menegaskan pada Rabu bahawa negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin, menyifatkannya sebagai “satu kezaliman yang tidak boleh kami sertai,” lapor Agensi Anadolu (AA).
BUSAN (Korea Selatan), 28 JAN: Sebuah pesawat penumpang terbakar sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan pada malam Selasa, menyebabkan pemindahan 169 penumpang dan tujuh kru, lapor agensi berita Yonhap.
NEW YORK, 28 JAN: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) mempercepatkan pengagihan bekalan dan perkhidmatan kepada kanak-kanak di Semenanjung Gaza, dengan lebih 350 trak memasuki kawasan itu pada minggu pertama gencatan senjata yang dinanti-nantikan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
JAKARTA, 28 JAN: Lima orang maut dan beberapa lagi cedera akibat tanah runtuh dan banjir yang disebabkan hujan lebat di seluruh Indonesia, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) ketika negara itu memasuki minggu terakhir Januari.
PUTRAJAYA, 28 JAN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Pejabat Education Malaysia Mesir (EMM) sedang membantu dan memantau perkembangan terkini lapan pelajar yang terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari Kaherah ke Port Said, Mesir pada 25 Jan lepas.
BRUSSELS, 28 JAN: Gergasi minuman global Coca-Cola telah menarik balik beberapa produk yang dijual di beberapa negara Eropah selepas tahap klorat yang tinggi dikesan, lapor Agensi Anadolu (AA).
LONDON, 28 JAN: Lebih 200 syarikat di United Kingdom (UK) telah membuat keputusan untuk beralih secara kekal bekerja empat hari seminggu tanpa sebarang pengurangan gaji, menandakan satu lagi pencapaian dalam usaha mengubah corak pekerjaan rakyat British, lapor agensi berita Jerman (dpa).
SHAH ALAM, 28 JAN: Dokumentari terbitan unit penyiasatan agensi berita antarabangsa Al Jazeera, yang menjejaki jenayah perang di Semenanjung Gaza, membongkar kisah tragis tahanan rejim Israel.
ANKARA, 27 JAN: Ribuan penduduk Palestin pada pagi Isnin mula kembali ke utara Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas Palestin yang berkuat kuasa pada 19 Jan, lapor Agensi Anadolu (AA).
SINGAPURA, 27 JAN: Singapura akan menjalankan ujian percubaan perkhidmatan bas awam autonomi atau tanpa pemandu mulai pertengahan 2026 untuk tempoh tiga tahun, menurut Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) republik itu.
BAITULMUQADDIS (Palestin): Doktor tentera Israel pada Sabtu menyatakan bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah "sangat baik" dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.