ad

1.4 juta orang dipindahkan ketika Taufan Uwan landa Filipina

10 Nov 2025, 8:33 AM
1.4 juta orang dipindahkan ketika Taufan Uwan landa Filipina
1.4 juta orang dipindahkan ketika Taufan Uwan landa Filipina
1.4 juta orang dipindahkan ketika Taufan Uwan landa Filipina
1.4 juta orang dipindahkan ketika Taufan Uwan landa Filipina

MANILA, 10 NOV: Sekurang-kurangnya 1.4 juta orang dipindahkan apabila Taufan Uwan melanda sebahagian besar kawasan di Filipina pada hujung minggu, dengan dua kematian dilaporkan di Wilayah Bicol dan Visayas Timur, menurut Pejabat Pertahanan Awam (OCD) pada Isnin.

Agensi Berita Filipina (PNA) melaporkan Timbalan Pentadbir OCD Bernardo Rafaelito Alejandro IV dalam kenyataan video kepada pemberita berkata mangsa yang dipindahkan terdiri daripada kira-kira 426,000 keluarga.

Beliau berkata angka itu berdasarkan data yang diberikan oleh Jabatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan.

Alejandro berkata sebahagian besar mangsa yang dipindahkan datang dari Wilayah Bicol, diikuti Visayas Timur dan Calabarzon.

Beliau menambah bahawa kira-kira 6,000 pusat pemindahan kini beroperasi, menempatkan sekitar 318,000 individu atau 92,000 keluarga.

“Bagi mangsa korban taufan, terdapat laporan yang masih dalam proses pengesahan - dua kematian: seorang dari Viga, Catanduanes, akibat lemas dan seorang lagi dari Catbalogan City, Samar yang dihempap struktur runtuh,” kata Alejandro, sambil menambah bahawa dua individu lain turut cedera.

Beliau berkata penilaian terhadap kerosakan infrastruktur dan pertanian akibat Uwan masih dijalankan. Kira-kira 1,000 rumah dilaporkan rosak akibat taufan itu.