Pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dengan anggota polis dan tentera menjadi kumpulan pertama menikmati subsidi petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter hari ini, merupakan tanda pengiktirafan kerajaan terhadap peranan mereka menjaga keselamatan negara.
Pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah insiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) pada hari pertama yang melibatkan kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis, berjalan lancar seluruh negara.
Tertuduh didakwa bersama-sama menceroboh bilik koperasi sekolah dan mencuri RM15 selain menceroboh bilik guru PPKI dan mencuri RM10 pada tarikh dan masa yang sama
Generasi muda hari ini dapat merasai semangat patriotisme menerusi pameran ketenteraan sempena Hari Kebangsaan
Seorang pegawai tentera yang ditahan menerusi Op Sohor kerana dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan di selatan tanah air turut disyaki menjadi dalang penyeludupan dadah.
SEREMBAN, 31 MAC: Seorang anggota tentera yang ditahan bagi membantu siasatan kes menggunakan kekerasan terhadap seorang pemandu wanita sehingga mendatangkan kecederaan di Jalan Persiaran Senawang 4, dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
IPOH, 2 DIS: Seorang anggota tentera ditemukan lemas sementara seorang lagi masih hilang di kawasan Hutan Royal Belum semasa menjalankan tugas gerakan Operasi Kota Echo/Foxtrot pada 29 November lepas.
KUALA LUMPUR, 1 DIS: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menambah keperluan aset dan anggota bagi membantu mangsa dalam menghadapi situasi banjir yang semakin buruk setakat dilaporkan hari ini.
GUA MUSANG, 2 JUN: Seorang anggota tentera bersama isteri maut manakala dua anak mereka cedera dalam kemalangan di Kilometer 43 Jalan Gua Musang-Lojing hari ini.
PADANG BESAR, 1 APRIL: Kerajaan memutuskan supaya institusi kerajaan seperti hospital, asrama sekolah, kem tentera dan polis menggunakan beras putih import bermula hari ini, dalam usaha memudahkan rakyat mendapatkan bekalan beras tempatan.
WASHINGTON, 8 MAC: Tentera Amerika Syarikat (AS) dan rakan kongsinya merancang untuk membina sebuah pelabuhan sementara di pantai Semenanjung Gaza dalam usaha menyampaikan bantuan tambahan kepada orang awam di wilayah terkepung itu, menurut seorang pegawai kanan kerajaan AS di sini.
IPOH, 21 FEB: Seorang anggota tentera maut selepas terseret sejauh 100 meter dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 379 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Slim River, malam tadi.
KUANTAN, 27 JAN: Identiti tiga mangsa lemas di kolam latihan sebuah kem tentera di Temerloh dekat sini dikenal pasti sebagai anak anggota di kem terbabit.
DUNGUN, 30 DIS: Berbaki dua hari sebelum sesi persekolahan bermula, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini tampil membantu membersihkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pasir Raja di sini yang terjejas banjir.
KUALA LUMPUR, 19 DIS: Tentera Darat Malaysia (TDM) selaku peneraju Operasi Murni (Op Murni) hari ini menerima sumbangan berjumlah RM100,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi perolehan peralatan sokongan untuk digunakan semasa operasi dan fasa pasca banjir.
KUALA LUMPUR, 26 FEB: Kebajikan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus dibela dan ia dilihat menjadi antara keutamaan Kerajaan Perpaduan yang diterjemahkan menerusi peruntukan serta pelbagai inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023.
SHAH ALAM , 18 DIS : Kerajaan Selangor memohon bantuan aset peringkat persekutuan dan penglibatan tentera bagi menyelamatkan seramai mungkin mangsa banjir yang terkandas ketika ini.
KUCHING, 14 Dis (Bernama) -- Pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 (PRN12) yang melibatkan anggota dan pegawai polis serta tentera dan pasangan bermula 7.30 pagi ini.
KOTA KINABALU, 25 NOV: Keupayaan 250 anggota dan pegawai serta pelbagai aset ketenteraan Markas Lima Divisyen di sini diuji dalam 'Eksesais Tembadau Lima Divisyen’ bagi memastikan pasukan itu sentiasa bersedia mempertahankan negara khususnya Sabah dari segala bentuk ancaman.
MELAKA, 10 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 7,601 kertas undi pos kepada pemilih yang layak mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.