Letupan bom ketika latihan ragut nyawa dua anggota tentera di Kem Hobart

16 Jun 2026, 7:05 AM
Letupan bom ketika latihan ragut nyawa dua anggota tentera di Kem Hobart

SHAH ALAM, 16 JUN: Dua anggota tentera maut dipercayai akibat terkena letupan bom di lapang sasar Kem Hobart, Gurun, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian, lapor Kosmo!.

Kejadian dikatakan berlaku ketika anggota lelaki dan wanita itu menjalani latihan di lapang sasar tersebut.

Difahamkan, kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.