KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Semenyih dua hari lepas telah dipanggil untuk dirakam keterangan.
TAPAH, 26 APRIL: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini berlaku setakat ini, kata Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin.
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Penyokong bola sepak yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 antara Johor Darul Ta'zim FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok dinasihatkan tidak membawa masuk barangan terlarang.
SHAH ALAM, 25 APRIL: Suspek kes tikam yang dipercayai berpunca daripada perebutan tempat meminta sedekah di hadapan sebuah bank di Seksyen 18 di sini semalam direman tujuh hari sehingga 1 Mei bagi membantu siasatan.
KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Polis merampas lebih 75 kilogram bunga ganja bernilai RM2.64 juta dipercayai untuk dipasarkan ke negara Eropah, dalam pemeriksaan ke sebuah rumah sewa yang dijadikan stor penyimpanan di Bukit Changgang, Banting, Selangor.
SHAH ALAM, 24 APRIL: Seorang lelaki maut ditikam dipercayai akibat perebutan tempat meminta sedekah dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, di sini tengah hari tadi.
TAPAH, 22 APRIL: Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini menerima tujuh laporan sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
KUANTAN, 22 APRIL: Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung tahun lepas.
SHAH ALAM, 22 APRIL: Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai bunga di Jenjarom, Kuala Langat semalam.
ALOR SETAR, 22 APRIL: Seorang guru lelaki yang berkhidmat di sebuah sekolah swasta di sini ditahan polis kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap beberapa pelajar perempuan di sekolah berkenaan.
CHUKAI, 22 APRIL: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki memarahi dan memukul kanak-kanak perempuan di sebuah premis dobi layan diri di sini, Rabu lepas.
KANGAR, 21 APRIL: Polis mengesahkan menerima laporan kejadian lelaki berusia 22 tahun dipercayai menyamar sebagai penolong pegawai perubatan di sebuah hospital di sini, yang video memaparkan lelaki itu lengkap beruniform seperti petugas kesihatan itu tular melalui platform media sosial semalam.
TAPAH, 21 APRIL: Seramai anyak ramai 500 anggota polis bersama pasangan masing-masing akan mengundi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, esok.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Polis sedang menyiasat kejadian membabitkan seorang pengawal keselamatan yang dipercayai melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran di Banting dekat sini petang semalam.
SHAH ALAM, 18 APRIL: Mayat lelaki bertatu ditemukan tersangkut pada perangkap sampah Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang, Banting, dekat sini semalam.
KUANTAN, 17 APRIL: Polis menemukan dadah seberat 468.3 kilogram (kg) dianggar bernilai RM15 juta dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM211 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, arah Kuantan Selasa lepas.
SHAH ALAM, 16 APRIL: Seorang pengurus syarikat swasta mengalami kerugian RM2,652,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial Facebook.
IPOH, 16 APRIL: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori di Kilometer 67, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat Tapah, hari ini.
JOHOR BAHRU, 16 APRIL: Polis sedang memburu seorang lelaki kerana bertindak agresif dan memiliki senjata berbahaya ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini semalam.
SEPANG, 16 APRIL: Polis mengesahkan tiada sebarang unsur sabotaj atau elemen jenayah yang dikesan dalam insiden letupan kecil membabitkan sebuah kereta di stesen minyak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.