KUANTAN, 8 MAC: Seorang guru wanita mengalami kerugian RM226,400 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan menerusi panggilan telefon (phone scam) November lepas.
SHAH ALAM, 25 FEB: Sebanyak 5,091 kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM386.4 juta direkodkan di Selangor sepanjang tahun lalu, maklum Dato’ Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 6 FEB: Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan saham yang menjadikan tiga unit kondominium di Sri Petaling, di sini, sebagai pusat panggilan dengan penahanan lapan individu, pada Selasa.
KUANTAN, 16 JAN: Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita mempunyai 22 rekod jenayah lampau di dua lokasi berasingan minggu lepas, bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan barang kemas yang videonya tular di media sosial.
SEREMBAN, 14 JAN: Seorang peniaga wanita dalam talian mengalami kerugian RM252,004 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lebih RM1 juta dalam tempoh dua bulan.
KUANTAN, 8 JAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian RM160,000 setelah terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud bulan lepas.
KUALA TERENGGANU, 23 DIS: Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terpedaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.
KUALA TERENGGANU, 17 DIS: Seorang pengurus kedai kerugian RM81,050 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud di aplikasi WhatsApp.
MIRI, 3 DIS: Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
SIBU, 13 NOV: Seorang lelaki warga emas kerugian RM136,000 setelah terperdaya dengan penipuan perniagaan dalam talian, kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili.
KOTA TINGGI, 9 NOV: Dua sahabat yang ditawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji RM4,000 sebulan di Kemboja akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.
JEMPOL, 4 NOV: Seorang guru mengalami kerugian RM80,111 selepas diperdaya sindiket penipuan pekerjaan sambilan tidak wujud di sebuah laman sosial baru-baru ini.
KUANTAN, 25 OKT:Seorang pesara mengalami kerugian lebih RM478,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di media sosial.
KUANTAN, 14 OKT: Seorang peniaga mengalami kerugian RM244,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan berganda.
JOHOR BAHRU, 5 OKT: Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
SIBU, 4 OKT: Seorang wanita warga emas kerugian RM80,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pekerja sebuah syarikat kurier.
IPOH, 16 SEPT: Seorang pesara bank kerugian lebih RM1.44 juta selepas terperdaya dengan sindiket penipuan melalui panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis.
KUANTAN, 7 SEPT: Seorang pesara guru berputih mata apabila kerugian lebih RM300,000 selepas menjadi mangsa penipuan melalui panggilan telefon oleh individu menyamar pegawai TNB dan polis.
ALOR SETAR, 4 SEPT: Seorang pesara jururawat berusia 76 tahun kerugian lebih RM1.9 juta akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud.
PUTRAJAYA, 20 JULAI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima 38 aduan daripada orang awam mengenai kes penipuan ‘scammer’ yang menggunakan nama jabatan itu sejak awal tahun hingga kini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.