ad

Pengurus stesen minyak rugi lebih RM90,000 terperdaya tawaran kerja scammer

25 Ogos 2025, 3:51 AM
Pengurus stesen minyak rugi lebih RM90,000 terperdaya tawaran kerja scammer

JOHOR BAHRU, 25 OGOS: Seorang pengurus sebuah stesen minyak di daerah ini kerugian sebanyak RM91,167 setelah tertipu dengan urusan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian pada hujung Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata mengsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 38 tahun itu, pada mulanya berkenalan dengan seorang wanita melalui aplikasi sosial “Tinder”.

Beliau berkata dia kemudiannya ditawarkan pekerjaan sambilan dalam talian menerusi lawan sesawang yang dikenali sebagai Inventorysources.site.

“Melalui siasatan awal yang dilakukan telah mendapati mengsa diperdaya sehingga membuat sembilan kali pemindahan wang pada 25 hingga 29 Julai lepas ke beberapa akaun bank pada atas nama individu dan syarikat.

“Selepas bayaran dibuat akaun mangsa dimaklumkan kononnya telah dibekukan dan suspek selepas itu gagal dihubungi. Menyedari dirinya telah ditipu mangsa telah membuat satu laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Raub berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut dengan membuat semakan ke atas akaun bank yang terlibat.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.