PARIS, 2 SEPT: Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 berjaya menuai pingat pertama apabila atlet olahraga Eddy Bernard menyumbang gangsa menerusi acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di de de France, di sini malam tadi.
PARIS, 2 SEPT: Tumpuan peminat sukan tanah air akan terarah kepada kemampuan jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berpotensi membutirkan pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini hari ini.
SEREMBAN, 1 SEPT: Pemain skuasy wanita negara Aira Azman merangkul Trofi Tuanku Muhriz 2024 selepas menewaskan pemain Hong Kong, Chan Sin Yuk pada perlawanan berlangsung di Kompleks Skuasy di sini hari ini.
LONDON, 1 SEPT: Acara triatlon di Sukan Paralimpik Paris 2024 yang dijadualkan pada Ahad ditangguhkan kerana kebimbangan baharu mengenai kualiti air di Sungai Seine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Kejayaan beregu campuran negara Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei meraih gelaran Terbuka Korea 2024 menjadi hadiah bermakna buat Malaysia yang menyambut Hari Kebangsaan ke-67, semalam.
Daripada Amiril Muttaqien Meketar PARIS, 1 SEPT: Kem badminton para negara hanya selangkah daripada melakar satu lagi sejarah selepas kedua-dua wakil dalam perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) Cheah Liek Hou dan Muhammad Fareez Anuar berpeluang bertemu sesama sendiri pada aksi final Sukan...
KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Pasangan beregu campuran nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menambah seri sambutan Hari Kebangsaan ke-67, selepas melangkah ke final Terbuka Korea 2024 di Stadium Tertutup Mokpo di Seoul, hari ini.
KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Skuad Harimau Malaya bakal berdepan pasukan ranking ke-94 dunia, New Zealand pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium North Harbour, Auckland, 14 Okt ini.
PETALING JAYA, 29 OGOS: Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.
KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Atlet Olimpik Khas, iaitu temasya sukan antarabangsa bagi peserta kurang upaya intelek telah berada di bawah sokongan Majlis Sukan Negara (MSN) selain atlet Sukan Olimpik, Paralimpik dan Deaflympics.
KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang bersetuju untuk menjadi hos bersama-sama Kuala Lumpur, bagi penganjuran Sukan SEA 2027.
PARIS, 28 OGOS: Bandar Paris sekali lagi bermandikan cahaya dengan menampilkan upacara pembukaan memukau sempena Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas 17 hari berakhirnya temasya Sukan Olimpik 2024 di sini malam tadi.
SHAH ALAM, 28 OGOS: Pemain tengah Selangor FC Alex Agyarkwa terpaksa diketepikan sekurang-kurangnya tiga bulan susulan kecederaan kaki ketika perlawanan akhir Piala FA minggu lepas.
ANKARA, 28 OGOS: Sukan Paralimpik Paris 2024 akan bermula dengan upacara pembukaan hari ini di ibu negara Perancis, lapor Agensi Anadolu (AA).
PETALING JAYA, 27 OGOS: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam mengulangi kecemerlangan dua tahun lalu apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari 2024 (bawah 18 tahun).
PARIS, 27 OGOS: Kejayaan gemilang kontinjen negara membawa pulang tiga emas pada Sukan Paralimpik Rio 2016 bukan sahaja melakar sejarah buat Malaysia, malah turut membawa dimensi baharu buat dunia sukan para tanah air.
KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil mengakui tempo permainan anak buahnya terganggu selepas tonggak tengah Alexander Agyarkwa dikeluarkan, pada aksi final Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
KUCHING, 25 OGOS: Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang melabuhkan tirai semalam meletakkan Selangor berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul 56 emas, 64 perak dan 61 gangsa.
KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani merangkul kemenangan sulung mereka musim ini, selepas menundukkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae pada Terbuka Jepun 2024 hari ini.
KUCHING, 25 OGOS: Jaguh renang Selangor Andrew Goh Zheng Yen dinobat atlet lelaki terbaik Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak selepas membolot lima emas dari Pusat Akuatik Pandelela Rinong.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.