Aura Kim Pan Gon lonjak momentum Selangor FC, kebal tanpa tewas

26 Feb 2026, 9:08 AM

SHAH ALAM, 26 FEB: Kehadiran Kim Pan Gon sejak Januari lalu nyata menjadi titik perubahan buat Selangor FC, yang kini belum tewas dalam 10 perlawanan di semua kejohanan musim ini.

Penolong Ketua Jurulatih Shahrom Kalam berkata pengendali dari Korea Selatan itu memahami budaya liga tempatan serta mentaliti pemain, menjadikannya aset besar kepada pasukan.

Penolong Jurulatih Selangor FC Shahrom Kalam ditemubual oleh pihak media sebelum memulakan sesi latihan pada  bulan ramadan di Padang Latihan Selangor FC pada 25 Februari 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Pan Gon berjaya mengubah banyak perkara dengan pendekatannya dan mendorong pasukan tampil dengan aksi terbaik. Harap pemain dapat kekal konsisten,” katanya kepada Media Selangor.

Menurut Shahrom, Kim Pan Gon turut menekankan pembentukan identiti pasukan sendiri dengan fokus pada kekuatan dan kelemahan sendiri tanpa terlalu memikirkan pasukan lawan.

Setakat ini, Selangor FC mencatat lapan kemenangan dan dua seri daripada 10 perlawanan, mengekalkan momentum positif mereka.

Pemain Selangor FC gigih menjalani latihan pada bulan ramadan ketika tinjauan di Padang Latihan Selangor FC pada 25 Februari 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Pasukan kini berada di tangga kedua Liga Super, berpotensi bersaing di pentas Asia musim depan, selain mara ke separuh akhir Piala Malaysia dan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC).

Kim Pan Gon sebelum ini menegaskan visinya untuk mewujudkan “budaya Selangor” dengan menjadikan pasukan berkenaan sentiasa kuat dan kebal di laman sendiri.

“Tiada siapa yang bertandang ke rumah kita dapat merasai kejayaan. Jika mereka masuk ke rumah kita, kami mahu ‘membunuh’ mereka.

"Inilah budaya yang kami mahu bentuk dan pemain sudah mula merasainya. Kami harap penyokong Gergasi Merah gembira, memenuhi stadium, dan menyokong masa depan SFC,” katanya.

Pemain Selangor FC gigih menjalani latihan pada bulan ramadan ketika tinjauan di Padang Latihan Selangor FC pada 25 Februari 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR