KUALA LUMPUR, 4 DIS: Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 dan isu naik taraf kawasan sempadan Malaysia–Indonesia di Sarawak, antara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR, 3 DIS: Jumlah mangsa di beberapa negeri yang dilanda banjir terus menurun kepada 59,815 orang setakat 8 malam ini berbanding 72,620 orang pada petang tadi.
KUALA LUMPUR, 3 DIS: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan majoriti ahli parlimen melalui undian suara.
PUTRAJAYA, 3 DIS: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang ditetapkan Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 3 DIS: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.
KUALA LUMPUR, 3 DIS: Kementerian Pendidikan (KPM) menempatkan seramai 13,749 guru baharu setakat tahun ini dalam usaha menyelesaikan isu kekurangan guru secara berperingkat dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
KUALA LUMPUR, 3 DIS: Hujan lebat luar biasa dengan taburan melebihi 1,000 milimeter (mm) bersamaan jumlah hujan bagi tempoh enam bulan di Kelantan dan Terengganu menjadi punca utama banjir besar yang melanda kebanyakan daerah dan jajahan di Pantai Timur.
KUALA LUMPUR, 3 DIS: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus menurun kepada 72,620 setakat 4 petang ini berbanding 94,636 orang pagi tadi.
PETALING JAYA, 3 DIS: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil langkah menutup pencawang elektrik di beberapa kawasan di negeri yang terjejas banjir sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak kemalangan berkaitan elektrik, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
TUMPAT, 3 DIS: Penduduk kampung yang terjejas akibat banjir diminta tidak berdegil untuk berpindah bagi mengelakkan risiko keselamatan, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
SHAH ALAM, 3 DIS: Sistem e-halal yang dilaksana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan diperkemas bagi kelancaran pemberian sijil halal, kata timbalan menteri agama.
MIRI, 3 DIS: Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
SHAH ALAM, 3 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga 9 malam.
KUALA LUMPUR, 3 DIS: Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang salah laku demi menyelamatkan bangsa dan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
TUMPAT, 3 DIS: Sebanyak 4,894 kes penyakit berjangkit dilaporkan dikesan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Kelantan setakat semalam.
SHAH ALAM, 3 DIS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat penetapan berhubung agihan minyak masak paket bagi memastikan pengguna menerima manfaat barangan subdisi itu.
SHAH ALAM, 3 DIS: Google dijangka membina pusat data keduanya di Elmina Business Park (EBP) dengan nilai pelaburan RM4 bilion hingga RM5 bilion, lapor Berita Harian.
SHAH ALAM, 3 DIS: Bekas gabenor Bank Negara Malaysia bakal menyampaikan syarahan perdana dalam Dialog Shah Alam di Universiti Industri Selangor (Unisel) pada 5 Disember.
KUALA LUMPUR, 3 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri hingga lewat petang ini.
SEPANG, 3 DIS: Kerajaan melanjutkan pemberian subsidi bagi menjayakan inisiatif kadar tambang penerbangan maksimum berjumlah RM499 pada musim perayaan daripada tiga kepada empat hari bermula Krismas ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.