SHAH ALAM, 17 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Gombak dan Hulu Langat di Selangor hingga 7 malam.
TELUK INTAN, 17 MEI: Enam anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di sini Selasa lepas masih menerima rawatan manakala seorang lagi dibenarkan keluar semalam.
KUALA LUMPUR, 17 MEI: Sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 hingga 28 Mei ini bersempena dengan penganjuran Sidang Kemuncak Asean Ke-46.
PUTRAJAYA, 17 MEI: Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi tahun ini ditetapkan pada petang Selasa, 27 Mei bersamaan 29 Zulkaedah 1446H, di 29 lokasi seluruh negara.
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail KAZAN, (TATARSTAN), 17 MEI: Hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan Persekutuan Rusia terus diperkukuh menerusi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berakhir semalam. Perdana menteri dalam sidang media pada hari terakhir...
KUALA LUMPUR, 16 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara Islam agar memperkukuh hubungan dengan negara jiran masing-masing, mengambil inspirasi daripada model kerjasama Asean.
BANDAR PERMAISURI, 16 MEI: Seorang penuntut lelaki Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras manakala enam rakannya berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kepala air di Hutan Lipur Lata Payung di sini petang tadi.
PUTRAJAYA, 16 MEI: Jabatan Imigresen diarahkan supaya mempergiat penguatkuasaan di lokasi tumpuan warga asing.
MELAKA, 16 MEI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paya Rumput, Krubong, di sini, hari ini.
PUTRAJAYA, 16 MEI: Kajian yang dijalankan Pusat Sains Data Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati individu yang terlibat dengan penagihan dan pengedaran dadah, cenderung untuk terdedah kepada beberapa jenis jenayah lain, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
KUALA LUMPUR, 16 MEI: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merangkul Anugerah The Cornerstone - Best Landed Development (Honours) menerusi projek Aludra Residensi pada StarProperty Real Estate Developer Awards 2025 di sebuah hotel di sini semalam.
SHAH ALAM, 16 MEI: Selangor sentiasa menitikberatkan kebajikan guru dalam merangka strategi pendidikan negeri, selaras komitmen meletakkan pendidikan sebagai keutamaan.
SHAH ALAM,16 MEI: Dato’ Seri Amirudin Shari menyeru semua ahli Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memperkukuhkan perpaduan menjelang pemilihan parti yang akan berlangsung pada minggu depan.
SHAH ALAM, 16 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 5 petang ini.
SHAH ALAM, 16 MEI: Keseluruhan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) bakal dimanfaatkan sebagai pusat integrasi sukan, budaya, komuniti dan ruang keusahawanan, kata Dato’ Menteri Besar.
TELUK INTAN, 16 MEI: Tergamam - itu reaksi Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Fazli Shahril Che Ad sejurus tiba di lokasi kemalangan yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di sini, Selasa lepas.
KUALA LUMPUR, 16 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan para guru sebagai wira sejati dalam membentuk masa depan Malaysia serta sebagai ejen terhebat yang berjuang di medan ilmu dalam memastikan misi pendidikan negara tercapai.
KUALA LUMPUR, 16 MEI: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di negara ini.
KEPALA BATAS, 16 MEI: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang yang mengugut untuk meletakkan jawatan selepas kemenangan dalam pemilihan cabang baru-baru ini atau cuba menggugat kelancaran perjalanan Kongres Nasional PKR.
IPOH, 16 MEI: Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang juga merupakan rakan baik Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim yang terkorban dalam kemalangan ngeri di Teluk Intan Selasa lalu berkata dia tidak dapat menahan tangisan sebaik membuka kain kafan arwah pada upacara penghormatan terakhir.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.