Amirudin salur gaji Ahli Parlimen bantu surau, institusi agama di Gombak

17 Feb 2026, 10:10 AM
Amirudin salur gaji Ahli Parlimen bantu surau, institusi agama di Gombak
Amirudin salur gaji Ahli Parlimen bantu surau, institusi agama di Gombak
Amirudin salur gaji Ahli Parlimen bantu surau, institusi agama di Gombak
Amirudin salur gaji Ahli Parlimen bantu surau, institusi agama di Gombak
Amirudin salur gaji Ahli Parlimen bantu surau, institusi agama di Gombak

GOMBAK, 17 FEB: Dato’ Seri Amirudin Shari menggunakan gaji sebagai Ahli Parlimen Gombak tahun ini bagi membantu pembangunan semula surau dan institusi agama di kawasan tersebut.

Dato' Menteri Besar itu berkata, sejak bergelar Ahli Parlimen, kira-kira RM200,000 dibelanjakan setiap tahun untuk rakyat melalui tabung komuniti di Gombak.

Menurutnya, pendekatan tahun ini sedikit berbeza apabila beliau menyalurkan gaji sebagai Ahli Parlimen bagi menyokong pembangunan institusi agama.

“Tahun ini sedikit berbeza, saya mengubah gaji selaku Ahli Parlimen Gombak antara RM20,000 hingga RM25,000 setiap bulan disalurkan untuk membantu surau dan institusi agama.

“Bulan lalu, ia diperuntuk untuk surau di Hulu Kelang. Bulan ini, saya salurkan pula untuk pembangunan semula Madrasah Al-Iman yang memerlukan dana RM1.5 juta,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ditemui media ketika program kenduri rakyat di Madrasah Al-Iman, Taman Seri Gombak pada 17 Februari 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program kenduri bersama rakyat di Madrasah Al-Iman, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Amirudin turut menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan berupa sejadah dan kurma kepada 100 penduduk Taman Seri Gombak.

Amirudin menambah pihaknya sedia membantu madrasah yang berusia 31 tahun tersebut yang memerlukan pembangunan semula.

Sementara itu Pengerusi Madrasah Al-Iman, Dr Khairolden Ghani mengakui beliau terkejut dan tidak menyangka pengumuman Dato’ Menteri Besar menyalurkan gaji dalam usaha membantu pihaknya membuat pembangunan semula.

“Saya rasa bangga kerana beliau merupakan Menteri Besar pertama yang turun ke madrasah ini sejak 1995, solat dan makan bersama penduduk.

Pengerusi Madrasah Al-Iman, Taman Seri Gombak, Dr Khairolden Ghani ditemui media ketika program kenduri rakyat di madrasah berkenaan pada 17 Februari 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Pihak madrasah menyasarkan kerja pembangunan semula dapat dimulakan pada pertengahan atau akhir tahun ini,” ujarnya.

Katanya, pihaknya diberi kuasa oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) untuk mengutip dana wakaf dan kini sedang berusaha memenuhi syarat kutipan 50 peratus dana bagi membolehkan kerja pembinaan dimulakan.

Apa reaksi anda?