SHAH ALAM, 17 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut petir di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang hingga 10 pagi ini.
Agensi itu mengeluarkan amaran sama di beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.








