Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 7 malam

17 Feb 2026, 6:37 AM

SHAH ALAM, 17 FEB: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga jam 7 malam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu turut meramalkan cuaca sama berlaku di seluruh Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor selain beberapa kawasan di Kedah, Kelantan dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Apa reaksi anda?