SHAH ALAM, 11 OKT: Polis menahan seorang wanita warga asing yang disyaki bertindak menghalang lalu lintas dan berkelakuan tidak senonoh di Setia Alam dekat sini dua hari lepas.
KUALA LUMPUR, 11 OKT: Dua kanak-kanak lelaki yang disyaki didera dan dikurung di dalam sebuah rumah di Taman Kosas, Ampang dekat sini diselamatkan polis Isnin lalu.
MELAKA, 11 OKT: Seorang wanita sanggup menipu keluarga dengan mendakwa dia diculik dan meminta wang tebusan sebanyak RM70,000 kerana terdesak untuk menyelesaikan hutangnya dengan 'along'.
SHAH ALAM, 10 OKT: Lelak dipercayai terlibat dalam kes buli jalanan yang tular di media sosial beberapa hari lalu ditahan polis semalam.
PUTRAJAYA, 10 OKT: Dua pengikut 'Tuhan Harun' terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka dengan penjara 40 tahun kerana membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), 11 tahun lepas.
KUALA TERENGGANU, 10 OKT: Wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun malam tadi, direman empat hari bermula hari ini.
SHAH ALAM, 9 OKT: Seorang kanak-kanak perempuan warga tempatan berumur 12 tahun dilaporkan hilang, selepas turun mengambil makanan daripada kereta yang diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1 di Klang, petang semalam.
KUALA LUMPUR, 9 OKT Dua warga asing ditahan kerana disyaki memukul seorang pemandu e-panggilan selepas ditegur termuntah di dalam kereta yang dinaiki mereka, dalam kejadian di Kampung Cheras Baru, di sini pada Ahad.
KUALA TERENGGANU, 9 OKT: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara sembilan tahun dan tiga sebatan terhadap seorang buruh yang didapati bersalah merogol seorang wanita hamil tujuh bulan di Kemaman, lima tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 9 OKT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah berjumlah lebih RM24 juta dalam tiga operasi berasingan di sekitar Lembah Klang serta Johor pada 5 dan 7 Okt.
BALIK PULAU, 9 OKT: Seorang lelaki yang dipercayai terlibat sebagai keldai akaun dalam sindiket penipuan pelaburan Bitcoin secara dalam talian ditahan polis semalam.
SEREMBAN, 8 OKT: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah rumah di Batu 4, Port Dickson, dekat sini.
SHAH ALAM, 8 OKT: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan lanjutan reman satu dan dua hari terhadap tiga individu termasuk seorang pegawai kewangan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
KUALA LUMPUR, 8 OKT: Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri kereta, hari ini sekali lagi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merempuh dan melanggar motosikal dua anggota polis ketika memandu kereta curi berkenaan, bulan lepas.
PENDANG, 8 OKT: Bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemukan di dalam kotak berhampiran sebuah premis usang di Kampung Rambai di sini pagi tadi.
SUNGAI BULOH, 8 OKT: Polis menumpaskan kegiatan memproses dan menjual air ketum yang disyaki berselindung di sebalik sebuah syarikat landskap dalam serbuan di sebuah kampung, di sini, Khamis lepas.
PUTRAJAYA, 8 OKT: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap bekas peguam dan pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya 14 tahun lepas.
JOHOR BAHRU, 8 OKT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mematahkan sindiket penyeludupan dadah terbesar tahun ini melibatkan rampasan bernilai RM12.05 juta selepas menyita sebuah kontena sejuk beku di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah di Iskandar Puteri 1 Oktober lalu.
SEREMBAN, 7 OKT: Seorang eksekutif pembinaan di Bahau, Jempol, kerugian RM280,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis, semalam.
SHAH ALAM, 7 OKT: Polis menahan sembilan lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat kejadian samun berkawan dan bersenjata di rumah seorang ahli perniagaan di Pandamaran, Klang, Khamis lepas.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.