Seorang anggota bomba di Perlis direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna jawatan melibatkan sewaan sebahagian tanah untuk diusahakan sebagai sawah padi milik jabatannya di negeri itu pada 2023 dan 2024.
Sepasang suami isteri antara empat individu ditahan bersama dadah jenis ketamin seberat 20.7 kilogram (kg) bernilai lebih RM1 juta dalam serbuan di sebuah premis perkhidmatan kurier di Kepayan di sini, Khamis lepas
Seorang penghantar barang dan mekanik masing-masing didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri kabel Telekom Malaysia (TM), Sabtu lepas.
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas sepucuk pistol bersama 36 butir peluru dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kampung Sireh, Kampung Paloh, Pintu Geng, Kota Bharu pagi Sabtu lalu.
Lelaki warga asing ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel di kawasan Litar Go-Kart, Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal di sini semalam.
Lelaki warga Bangladesh maut dipanah petir di tapak pembinaan Lebuhraya Lingkaran Timur Utama (LTU) di Kuala Atok, Dong, dekat sini, semalam.
Polis menahan empat lelaki termasuk seorang pelajar sekolah menengah dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di sekitar bandar raya Johor Bahru Sabtu lalu.
Pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia memberitahu kepada Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau tidak merujuk satu nota yang ditulis pada sekeping kertas oleh Allahyarham Zara Qairina Mahathir, mengenai ibunya kepada pakar psikiatri untuk penilaian
Pengarah Syarikat Maju Holdings Sdn Bhd Tan Sri Abu Sahid Mohamed yang didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas 17 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan projek Lebuh Raya MEX II, akan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam dalam masa terdekat, atas tujuh pertuduhan menyalahgunakan dana membabitkan projek sama
Polis merampas 22 ayam hidup dan 12 yang mati serta beberapa sangkar besi, peralatan sabung ayam, pisau taji ayam, penimbang berat dan wang tunai RM22,489
Seorang peniaga wanita kerugian RM571,242 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud yang ditawarkan melalui iklan di Facebook.
Polis Johor merampas syabu 80 kilogram (kg) bernilai hampir RM2.6 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Penawar, Kota Tinggi di sini pada 2 September lalu.
Seorang lelaki direman dipercayai mendera anak saudara lelakinya berusia enam tahun di sebuah rumah di Jalan Kilang Ais, Kuala Perlis dekat sini.
Seorang anggota polis cedera di bahagian muka ketika cuba meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan di Hospital Sungai Buloh dekat sini awal pagi tadi.
Seorang individu yang mengendalikan peralatan Fake BTS dalam sebuah kenderaan berhampiran pusat beli-belah utama di Kuala Lumpur ditahan
Pemandu lori makanan sejuk beku yang mendakwa ditikam dalam kejadian samun di Jalan Minden 1 Gelugor di sini semalam rupa-rupanya hanya mereka cerita itu bagi menutup perbuatannya menggunakan wang hasil jualan syarikat berjumlah RM3,000.
Seorang lelaki dan teman wanitanya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian dua kanak-kanak yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas, Port Dickson semalam.
Lelaki berusia 46 tahun disyaki bapa dua kanak-kanak itu dan wanita berumur 41 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson
Seorang lelaki yang dipercayai mencuri van jenazah dari sebuah surau ditahan polis selepas kenderaan itu terbabit dalam kemalangan di Jalan Skudai, di sini hari ini.
Sindiket penjualan kandungan pornografi bayi dan kanak-kanak yang ditumpaskan baru-baru ini dipercayai mempunyai jaringan antarabangsa.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.