Kenderaan diparkir di luar MRT Kajang disembur cat merah

4 Ogos 2026, 1:29 PM
Kenderaan diparkir di luar MRT Kajang disembur cat merah

SHAH ALAM, 4 OGOS: Polis menyiasat kejadian beberapa kenderaan yang diletakkan di luar kawasan parkir Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kajang disembur cat merah oleh individu tidak bertanggungjawab, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian khianat itu pada jam 8.29 malam daripada seorang wanita tempatan berusia 48 tahun.

"Pekerja swasta itu meletakkan Perodua Myvi miliknya di luar kawasan parkir berkenaan pada 6 pagi sebelum menaiki perkhidmatan MRT ke tempat kerja.

"Bagaimanapun, apabila pulang kira-kira jam 6 petang, wanita itu mendapati ada kesan semburan cat merah pada cermin kanan kenderaannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati beberapa kenderaan lain yang diparkir di lokasi sama turut mengalami kesan semburan cat merah yang dipercayai dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan kerosakan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, SM Norhafdzeli Ismail di talian 010-375 5508.

"Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911 4222 atau dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.