DAMSYIK, 31 MAC: Sambutan Aidilfitri tahun ini membawa makna yang amat simbolik bagi rakyat Syria, beberapa bulan selepas kejatuhan diktator Bashar al-Assad, lapor agensi berita Jerman (dpa).
GAZA CITY, 31 MAC: Sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin termasuk 13 kanak-kanak terbunuh manakala beberapa lain cedera dalam siri serangan udara Israel sejak awal pagi Ahad, lapor Anadolu Ajansi.
BANGKOK, 31 MAC: Umat Islam di Thailand khususnya Bangkok menyambut Aidilfitri dalam suasana suram ekoran gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada Jumaat lalu, turut menggegarkan ibu negara Thailand, mengorbankan sekurang-kurangnya 17 nyawa dan puluhan lagi dilaporkan masih hilang.
MANDALAY (Myanmar), 31 MAC: Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar hari ini mendedahkan 36 gempa susulan, dengan magnitud antara 2.8 hingga 7.5, berlaku sehingga hari ini, lapor Xinhua.
JAKARTA, 30 MAC: Pihak berkuasa menggesa kerajaan tempatan dan orang ramai agar berwaspada terhadap kemungkinan gegaran susulan selepas gempa bumi bermagnitud 5.4 melanda Banda Aceh, ibu negeri Wilayah Aceh, pada pagi Ahad.
Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar JAKARTA, 30 MAC: Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan dalam Pengurusan Bencana) (AHA Centre) melancarkan operasi bantuan antarabangsa yang diselaraskan di Myanmar selepas gempa bumi kuat dan gegaran susulan yang berlaku. Gempa bumi berukuran 7.7 pada...
Oleh Kenny Teng Khoon Hock BANGKOK, 30 MAC: Angka korban akibat gempa bumi di Myanmar yang turut dirasai di Bangkok pada Jumaat meningkat kepada 17 orang, dengan 32 lagi cedera manakala lebih 70 masih hilang. Menurut Pusat Perubatan Kecemasan Bangkok (Erawan Centre), kebanyakan kematian...
JAKARTA, 30 MAC: Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan perairan barat Acheh hari ini, lapor Xinhua memetik Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG).
ISTANBUL, 30 MAC: Israel merampas lebih 12,800 ekar tanah Palestin di Tebing Barat yang diduduki sejak 7 Oktober 2023, menurut Suruhanjaya Penentangan Penjajahan dan Tembok Palestin semalam, lapor Anadolu Ajansi.
ISTANBUL, 30 MAC: Umat Islam di kebanyakan negara Arab menyambut Aidilfitri hari ini, menandakan berakhirnya Ramadan.
YANGON, 29 MAC: Seramai 1,644 orang terkorban, 3,408 cedera dan 139 lagi masih hilang akibat gempa bumi kuat yang melanda Myanmar, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara pada Sabtu malam.
KUALA LUMPUR, 29 MAC: Menteri-menteri Luar ASEAN menyampaikan ucapan takziah serta simpati mendalam kepada rakyat Myanmar dan Thailand susulan gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda tengah Myanmar pada Jumaat.
MANDALAY (Myanmar), 29 MAC: Seramai 1,002 orang terbunuh, 2,376 cedera dan 30 lagi hilang akibat gempa bumi kuat di Wilayah Mandalay, Myanmar setakat hari ni, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.
YANGON, 29 MAC: Sekurang-kurangnya 144 orang terbunuh dan 732 cedera di Myanmar selepas gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan negara itu semalam, menurut Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, lapor Xinhua.
Oleh Kenny Teng BANGKOK, 28 MAC: Tiga individu disahkan maut manakala puluhan lagi dilaporkan hilang selepas sebuah bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan runtuh susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan menggegarkan ibu negara Thailand pada tengah hari Jumaat. Timbalan Perdana...
GAZA CITY/ISTANBUL, 28 MAC: Sekurang-kurangnya 20 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara baharu Israel di Semenanjung Gaza pada Khamis di tengah-tengah serangan maut berterusan di kawasan itu, lapor Anadolu Ajansi, memetik sumber perubatan.
ISTANBUL, 28 MAC: Lebih 180 kanak-kanak Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza dalam tempoh sehari ketika serangan dahsyat terus dilancarkan ke atas wilayah itu, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.
GAZA/ISTANBUL, 27 MAC: Jurucakap Hamas Abdel-Latif al-Qanoua, terbunuh dalam serangan udara Israel sebelum subuh pada Khamis yang menyasarkan bandar Jabalia di utara Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
SEOUL, 27 MAC: Pasukan bomba bertungkus lumus pada Rabu untuk mengawal siri kebakaran hutan yang melanda wilayah tenggara Korea Selatan, mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang, namun keadaan angin kencang dan cuaca kering terus menyukarkan usaha pemadaman, lapor Agensi Berita Yonhap.
JAKARTA, 25 MAC: Seorang warga Indonesia yang dihantar pulang dari Myanmar disyaki sebagai suspek kes pemerdagangan manusia, menurut Agensi Siasatan Jenayah Polis.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.