ISTANBUL, 8 MAC: Bahrain pada Ahad memaklumkan bahawa seorang individu cedera dan beberapa kedai rosak selepas serpihan peluru berpandu jatuh di jalan awam di ibu negara, Manama, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa pasukan Pertahanan Awam telah mengawal dan mengosongkan kawasan yang terjejas.
Menteri Dalam Negeri Rashid bin Abdullah Al Khalifa menerusi platform X memberi amaran bahawa sesiapa yang bekerjasama dalam serangan terhadap Bahrain dengan merakam atau menyiarkan lokasi kemudahan penting di media sosial akan dianggap bersubahatdalam “pencerobohan” itu dan berdepan tindakan undang-undang.
Terdahulu pada Sabtu, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan bahawa pencerobohan Iran menyebabkan kebakaran serta kerosakan harta benda pada sebuah rumah dan beberapa bangunan di sekitarnya di Manama.
Pasukan Pertahanan Awam telah mengambil langkah untuk memadamkan kebakaran itu, menurut kementerian berkenaan.
Iran telah melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan Amerika Syarikat sejak 28 Feb lepas. Beberapa serangan itu menyebabkan kematian dan kecederaan selain kerosakan pada kemudahan awam termasuk pelabuhan dan bangunan kediaman.
-- BERNAMA-ANADOLU
TAG: Bahrain, peluru berpandu, cedera, Iran








