TEHRAN, 2 MAC: Mansoureh Khojasteh Bagherzadeh, isteri kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius dalam serangan udara bersepadu Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Media kerajaan Iran pada Isnin melaporkan bahawa beliau meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam serangan tersebut.
"Mansoureh telah "syahid” susulan serangan berkenaan," lapor penyiar rasmi kerajaan Iran, Press TV.
Ayatollah Ali Khamenei sebelum ini terbunuh dalam serangan udara AS dan Israel yang dilancarkan pada Sabtu.
Tentera Israel mendakwa jenazah pemimpin Iran itu ditemui selepas serangan tersebut.
Turut terbunuh anak perempuan, cucu, menantu perempuan dan menantu lelaki Khamenei.
Serangan tersebut mencetuskan ketegangan serius di rantau Asia Barat dan mencetuskan gelombang tindakan balas serta perkembangan konflik yang semakin meruncing.








