Vietnam galak kerja dari rumah bagi jimat bahan api susulan ketegangan Asia Barat

10 Mac 2026, 8:17 AM
Vietnam galak kerja dari rumah bagi jimat bahan api susulan ketegangan Asia Barat

HANOI, 10 MAC: Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Vietnam menggalakkan bekerja dari rumah (BDR) jika keadaan mengizinkan bagi mengurangkan keperluan perjalanan serta penggunaan pengangkutan, menurut Agensi Berita Vietnam pada Selasa, lapor Xinhua.

Langkah itu diambil ketika ketegangan di Asia Barat semakin memuncak, yang menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran tenaga global serta menjejaskan bekalan bahan api.

Kementerian itu turut menyeru rakyat supaya mengamalkan langkah penjimatan bahan api, termasuk mengehadkan penggunaan kenderaan persendirian jika tidak perlu, berkongsi kenderaan, menggunakan pengangkutan awam serta mengutamakan penggunaan basikal bagi perjalanan jarak dekat.

Rakyat juga digalakkan untuk mempertimbangkan penggunaan kenderaan elektrik dan hibrid.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.