Kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 berbanding harga pasaran semasa RM2.05 seliter, menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang mula dilaksanakan tengah malam tadi.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memuji peranan dan kepimpinan Malaysia dalam menjalankan tanggungjawab selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini.
Wanita tempatan kerugian RM301,000 selepas menjadi mangsa penipuan ‘phone scam’ oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 196 pendatang asing tanpa izin dalam operasi menggempur kawasan digelar “Little Pakistan” di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini malam tadi.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata beliau dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mencapai “persefahaman bersama” mengenai cara melaksanakan gencatan senjata di Gaza dan seterusnya mewujudkan keamanan di seluruh Palestin
Seorang lelaki tempatan dan tiga warga Indonesia dilaporkan hilang selepas bot yang membawa 10 pekerja karam ketika menyeberangi Sungai Krian dari Jeti Sesang ke Jeti Pusa di sini, petang semalam.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman dikenakan ke atas badan induk itu serta tujuh pemain warisan negara.
Tujuh pemain yang digantung ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui serta Hector Alejandro Hevel Serrano.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Malaysia bersimpati dan merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan serta rakyat Filipina, khususnya kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat Taufan Tropika Opong selepas sebelum ini dibadai Taufan Super Ragasa, menurut Kementerian Luar pada Jumaat.
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas mandi di Pantai Teluk Batik hari ini ditemukan lemas di perairan Pulau Pangkor, petang tadi
Beberapa buah bot yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF) terpaksa menarik diri dalam pelayaran ke perairan Gaza semalam, sekali gus menyebabkan rombakan besar perlu dilakukan sebelum misi dapat diteruskan.
Kes kanak-kanak seawal usia 10 tahun terbabit dalam penyalahgunaan dadah membuktikan keperluan mendesak untuk memberi keutamaan kepada langkah pencegahan berbanding bergantung sepenuhnya kepada penguatkuasaan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mempertimbangkan tarif berkadar sifar ke atas beberapa produk komoditi yang tidak dihasilkan di negara itu termasuk minyak sawit dan koko, yang dijangka dimuktamadkan pada Oktober ini
Ribut petir dan hujan lebat diramal melanda Kuala Lumpur serta tiga daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 6 petang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Ramal Mohd Shafie Ngah dari PAS hari ini memohon maaf kepada Syahredzan Johan berhubung kenyataan berunsur fitnah yang mendakwa Ahli Parlimen Bangi itu menyokong ideologi komunis.
Pasangan beregu campuan negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tewas kepada beregu China Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 9-21, 21-18, 8-21, dalam masa 43 minit
Selangor FC hari ini mengumumkan pasukan itu telah menamatkan khidmat Katsuhito Kinoshi sebagai ketua jurulatih pasukan utama.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) merampas 2,084 kotak ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM228,510 selepas memeriksa sebuah lori kontena di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, semalam.
Malaysia berada di landasan yang tepat bagi mencapai sasaran tenaga boleh baharu (TBB), dengan TBB sudah menyumbang sebanyak 30 peratus dalam campuran tenaga, iaitu menghampiri matlamat 31 peratus yang ditetapkan pada akhir tahun
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.