SPRM tahan pengerusi jawatankuasa perumahan badan berkanun Persekutuan, disyaki rasuah RM1.6 juta

8 Sep 2026, 7:30 AM
SPRM tahan pengerusi jawatankuasa perumahan badan berkanun Persekutuan, disyaki rasuah RM1.6 juta

KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengerusi jawatankuasa perumahan sebuah badan berkanun Persekutuan di Johor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah serta menyalahgunakan kuasa dalam urusan permohonan lot tapak perumahan.

Sumber memaklumkan lelaki lingkungan 40-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor pada 7.30 malam semalam.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara 2016 hingga 2025,” katanya.

Sumber berkata suspek dipercayai meminta wang kira-kira RM4,000 daripada setiap 400 pemohon lot tapak rumah melibatkan nilai keseluruhan kira-kira RM1.6 juta.

Wang itu didakwa diseleweng untuk kegunaan sendiri melalui pengeluaran daripada akaun bank jawatankuasa tersebut dengan menggunakan invois palsu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A), Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata suspek akan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas proses merakam keterangan selesai.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.