41 penerbangan ke Jakarta dibatalkan susulan letusan Anak Krakatau

7 Sep 2026, 1:07 PM
41 penerbangan ke Jakarta dibatalkan susulan letusan Anak Krakatau

PUTRAJAYA, 7 SEPT: Sebanyak 41 penerbangan ke Jakarta (CGK) di lapangan terbang seluruh negara dibatalkan hari ini susulan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta berikutan abu gunung berapi yang terhasil akibat letusan Anak Krakatau.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan pembatalan itu melibatkan penerbangan yang dijadualkan antara 6.45 pagi hingga 11.55 malam ini.

“Jumlah pembatalan tertinggi direkodkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan 30 penerbangan, iaitu 20 di Terminal 1 dan 10 di Terminal 2,” menurut MAHB.

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pula merekodkan tujuh pembatalan, diikuti Lapangan Terbang Subang dengan dua pembatalan, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu masing-masing melibatkan satu pembatalan.

Tiada pembatalan direkodkan di Lapangan Terbang Kota Bharu.

Pembatalan itu susulan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas abu gunung berapi daripada letusan Anak Krakatau menjejaskan operasi penerbangan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.