Jepun salur bantuan kemanusiaan US$3 juta kepada Nepal

8 Sep 2026, 9:05 AM
Jepun salur bantuan kemanusiaan US$3 juta kepada Nepal

TOKYO, 8 SEPT: Jepun pada Selasa memutuskan untuk menyediakan bantuan kemanusiaan berjumlah US$3 juta kepada Nepal susulan banjir besar dan tanah runtuh berhampiran sempadan negara itu dengan China pada akhir bulan lepas, kata Menteri Luar Toshimitsu Motegi, lapor Kyodo News.

Menurut Kementerian Luar Jepun, bantuan itu meliputi makanan, air, sanitasi serta bekalan penting dan akan disalurkan menerusi Program Makanan Sedunia, Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi.

Sejak bencana pada 26 Ogos, bekalan bantuan kecemasan Jepun seperti khemah dan selimut telah dihantar ke Nepal, manakala pasukan pakar negara itu turut membantu pihak berkuasa tempatan mengenal pasti mayat yang ditemukan, kata Motegi.

“Kami akan melakukan segala yang termampu untuk menyokong Nepal, sahabat lama Jepun,” kata beliau pada sidang media.

Angka korban di Nepal kini melebihi 1,300 orang, manakala ramai lagi masih hilang.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.