PUTRAJAYA, 2 JULAI: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengalu-alukan siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelaksanaan inisiatif MyKiosk.
PUTRAJAYA, 25 JUN: Seorang pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan sekali lagi kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram dan menggunakan hasil rasuah melalui akaun peribadi, syarikat miliknya serta saudara dan sekutu.
PENAMPANG, 30 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gejala rasuah di negara ini perlu ditangani secara tegas berlandaskan prinsip serta perundangan, dan bukannya dengan persepsi, fitnah atau maki hamun.
KOTA BHARU, 18 MEI: Seorang pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM14,000 daripada seorang kontraktor.
GEORGE TOWN, 7 MEI: Dua pembantu kesihatan awam di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang direman tiga hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM54,000 daripada seorang kontraktor, tahun lepas.
PUTRAJAYA, 7 MEI: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dirinya.
GEORGE TOWN, 20 April: Dua anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) direman enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada dua lelaki melibatkan kes pengedaran dadah di Bayan Lepas, semalam.
BACHOK, 12 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah, sama ada dalam kalangan pegawai kerajaan, mahu pun ahli politik.
KUALA LUMPUR, 21 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ejen di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan selepas dipercayai menerima rasuah untuk mendapatkan nombor giliran bagi mempercepat proses pemeriksaan tanpa mengikut peraturan sah.
PUTRAJAYA, 20 MAC: Proses merakam keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau disambung Isnin depan.
KUANTAN, 20 MAC: Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 22 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM47,600.
PUTRAJAYA, 19 MAC: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.
SHAH ALAM, 14 MAC: Seorang wartawan portal berita tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM20,000.
PUTRAJAYA, 13 MAC: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.
KUALA LUMPUR, 7 MAC: Seorang wartawan daripada portal berita yang ditahan akhir bulan lepas kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah hari ini menerbitkan artikel untuk memberikan penjelasan dan dengan tegas menyatakan beliau tidak pernah meminta rasuah.
KUALA LUMPUR, 5 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang ahli perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM400,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan mendapatkan hak penggunaan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri.
PUTRAJAYA, 1 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang wartawan sebuah portal berita tempatan di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor kira-kira 11 malam tadi, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
GEORGE TOWN, 22 FEB: Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
SHAH ALAM, 18 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor tidak mahu isu pemilikan tanah yang berlaku baru-baru ini serta penyelewengan lesen perniagaan berulang lagi.
KUALA LUMPUR, 14 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lagi individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat tersenarai awam kerana disyaki terbabit rasuah dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.