KOTA KINABALU, 29 MEI: Dua maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh ke gaung di Kampung Moyog, Penampang dekat sini, malam tadi.
GERIK, 27 MEI: Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin mendedahkan terdapat cubaan pihak tertentu untuk mengeksploitasi dan memanipulasi waris anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam insiden kemalangan mengorbankan sembilan anggota itu di Teluk Intan, 13 Mei lalu.
ALOR SETAR, 23 MEI: Enam individu cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan termasuk sebuah lori Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berhampiran Simpang Tiga Jalan Teluk Baru di Langkawi, hari ini.
TELUK INTAN, 22 MEI: Empat anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan (HTI) dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menunjukkan perkembangan baik berbanding sebelum ini.
IPOH, 20 MEI: Seorang pemandu lori treler maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga lori dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 366 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Slim River, malam tadi.
PORT DICKSON, 18 MEI: Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) menerima Anugerah Pisau Tentera Darat atas keberanian menyelamatkan nyawa orang awam dalam dua insiden berasingan, baru-baru ini.
KUCHING, 17 MEI: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang meneliti bantuan kewangan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan disalur kepada waris sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampan.
SHAH ALAM, 15 MEI: Sebuah treler dipercayai hilang kawalan menyebabkan kemalangan lima kenderaan lain di KM32.5 Jalan Klang-Banting berhadapan sebuah bank di Banting, semalam.
TELUK INTAN, 13 MEI: Dentuman kuat kedengaran sebelum suasana berubah menjadi kelam-kabut apabila anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas semasa cuba menyelamatkan rakan yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan pasir di sini, pagi tadi.
TELUK INTAN, 13 MEI: Pemandu lori pasir yang terlibat dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini hari ini, telah ditahan untuk siasatan lanjut.
KUALA LUMPUR, 13 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kemalangan jalan raya membabitkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak pagi tadi.
BALIK PULAU, 13 MEI: Sebuah lori membawa muatan tar terbabas sebelum terbalik berhampiran dengan selekoh di Jalan Tun Sardon, Kampung Pondok Upih berhampiran JTS Viewing Point di sini, malam tadi.
CHUKAI, 12 MEI: Sebanyak 2,361 haiwan liar dilaporkan mati dilanggar kenderaan di atas jalan di seluruh negara sejak 2020 hingga kini.
KUALA LUMPUR, 12 MEI: Hasil siasatan awal polis mendapati lelaki yang ditahan kerana disyaki memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kemalangan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta di sini pada Sabtu lepas, bukan pemilik sebenar kenderaan pacuan empat roda terlibat.
SHAH ALAM, 10 MEI: Seorang lelaki maut apabila pacuan empat roda dipandunya terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di Persiaran Kuala Lngat menghala Persiaran Hulu Langat di sini, 4.45 pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 8 MEI: Polis menahan seorang pemandu lori, bagi membantu siasatan kemalangan melibatkan enam kenderaan di susur keluar Lebuhraya Guthrie menghala ke lampu isyarat Bukit Subang, yang mengakibatkan dua cedera parah semalam.
MACHANG, 6 MEI: Seorang lelaki berusia 46 tahun maut selepas kereta yang dinaiki merempuh sebuah lori di Kilometer (KM) 50.5 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini hari ini.
IPOH, 6 MEI: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal mereka dirempuh kereta di KM64 Jalan Ipoh-Taiping, dekat Kuala Kangsar pagi tadi.
SEREMBAN, 4 MEI: Seorang wanita maut digilis lori tangki minyak selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki ketika melalui selekoh di Kilometer 26 Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson di sini hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.