KUALA LUMPUR, 16 OGOS: Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama China dan Laos bagi saingan acara berpasukan lelaki premier pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-37, di Korat, bulan depan.
SHAH ALAM, 16 OGOS: Piala Sultan Selangor bukan sekadar perlawanan bola sepak tetapi melambangkan keseteruan yang sihat dan bersejarah di antara negeri ini dan Singapura.
SHAH ALAM, 16 OGOS: Hari ketiga temasya, Selangor memperoleh satu emas dalam acara boling padang berpasukan wanita dan satu perak menerusi pemain perseorangan wanita, Nur Najla Damia.
KUCHING, 15 OGOS: Naib juara edisi lepas, Wilayah Persekutuan bangkit mencatat kemenangan pertama dalam saingan kriket T20 lelaki selepas mengetepikan cabaran Melaka pada aksi kedua liga sepusingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.
KUCHING, 15 OGOS: Selangor mendahului kumpulan B acara futsal lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak selepas menewaskan Perak 8-6 dalam aksi di Stadium Tertutup Kota Samarahan di sini hari ini.
KUCHING, 15 OGOS: Jaguh wushu Selangor Mandy Cebelle Chen menutup lembaran perjalanan Sukan Malaysia (SUKMA) beliau dengan penuh emosi apabila meraih dua pingat emas dalam penampilan terakhirnya di temasya sukan dwitahunan itu di sini hari ini.
SHAH ALAM, 15 OGOS: Kejayaan atlet wushu Mandy Cebelle Chen meraih dua emas menyuntik semangat kontinjen Selangor memburu kejayaan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak.
SHAH ALAM, 15 OGOS: Sukan wushu berjaya merangkul dua emas yang disumbang Mandy Cebelle Chen dalam acara final taijiquan wanita setakat hari kedua temasya.
SHAH ALAM, 14 OGOS: Selangor membenam Wilayah Persekutuan 6-0 pada aksi Kumpulan B saingan bola sepak wanita Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak hari ini.
SEPANG, 14 OGOS: Impian pelumba berbasikal trek lelaki negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk membawa ibu bapanya menunaikan ibadah umrah tercapai apabila sebuah agensi pelancongan Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) menajanya ke Tanah Suci.
SHAH ALAM, 14 OGOS: Selangor meraih pingat emas pertama Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak menerusi atlet wushu wanita dalam acara taijijian, hari ini.
SHAH ALAM, 14 OGOS: Selangor menewaskan Johor 3-2 pada acara futsal Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak di Stadium Tertutup Kota Samarahan, semalam.
KOTA KINABALU, 13 OGOS: Sabah FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada Selangor FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas di sini malam ini.
SHAH ALAM, 13 OGOS: Selangor FC menundukkan Sabah FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, Sabah malam ini.
SEPANG,13 OGOS: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang memerlukan masa untuk mempertimbang semula sama ada meneruskan kariernya sebagai pelumba dan beraksi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) ataupun bersara.
SEPANG, 13 OGOS: Penerjun berpengalaman wanita negara, Nur Dhabitah Sabri mahu berehat sementara waktu sebelum memikirkan soal masa depan penglibatan dalam sukan itu selepas mengharungi pelbagai cabaran termasuk persediaan singkat ke Sukan Olimpik Paris 2024.
PARIS, 13 OGOS: Malaysia menamatkan cabaran Sukan Olimpik Paris 2024 di tempat ke-80 bersama Albania, Grenada dan Puerto Rico selepas meraih dua pingat gangsa, tanpa kilauan emas yang diidam-idamkan selama ini.
SHAH ALAM, 12 OGOS: Selangor menewaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam perlawanan pembukaan acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak petang tadi.
KUALA LUMPUR, 12 OGOS: “Baton telah diserahkan.
Oleh Vikneswaran Raman PARIS, 11 OGOS: Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang malam ini (awal pagi Isnin di Mlaysia) selepas 19 hari aksi sukan bertaraf dunia sebelum menyerahkan baton kepada bandar tuan rumah 2028 - Los Angeles (LA28) di Amerika...
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.