KLUANG, 3 JUN: Suasana riuh rendah di Penjara Kluang pagi ini berubah menjadi sayu apabila seorang banduan warga emas tidak dapat menahan sebak selepas terpilih untuk dibebaskan lebih awal melalui Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI sempena Aidiladha.
KUALA LUMPUR, 3 JUN: Dana keselamatan sosial berjumlah hampir RM49 juta berjaya diselamatkan sejak 2020 hasil siasatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terhadap kes-kes penipuan faedah.
PUTRAJAYA, 3 JUN: Kota Madani, yang dirangka dengan integrasi teknologi kecerdasan buatan, infrastruktur digital cekap, serta sistem mobiliti hijau, bakal dibangunkan di Putrajaya.
KUALA LUMPUR, 3 JUN: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2025, turun 13 peratus berbanding RM20.99 bilion yang dicatatkan untuk suku yang sama pada 2024.
Oleh Nurliyana Farah Ruslan MAKKAH, 3 JUN: Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan bahawa kebajikan jemaah haji Malaysia bagi musim 1445H/2025M termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan sentiasa diutamakan dalam memastikan mereka dapat menunaikan rukun dan wajib haji dengan...
SHAH ALAM, 3 JUN: Kerajaan Negeri menyumbang 10 motosikal elektrik (e-bike) kepada polis Selangor bagi memudahkan pasukan itu menjaga keselamatan terutama dalam pencegahan jenayah.
SHAH ALAM, 3 JUN: Laporan penuh siasatan teknikal berhubung insiden letupan saluran paip gas milik Petronas di Putra Heights, Subang Jaya pada April lalu dijangka siap sepenuhnya hujung bulan ini.
BAGAN SERAI, 3 JUN: Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi projek naik taraf kemudahan infra bagi meminimumkan kesan kemarau yang mampu menjejaskan pengeluaran padi di beberapa kawasan utama di seluruh Malaysia.
Oleh Nazira Hasanah Nasaruddin KUALA LUMPUR, 3 JUN: Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang penuh ketegasan, terutama berkaitan darjah kebesaran bukan untuk dibeli atau dilobi, disifatkan penganalisis sebagai peringatan tepat pada masanya dalam usaha mengekalkan integriti dan kredibiliti...
PUTRAJAYA, 3 JUN: Sektor makanan akuatik Malaysia terus berkembang pesat dengan hasil perikanan laut mencecah 1.42 juta tan metrik, akuakultur menghasilkan 510,315 tan metrik manakala perikanan darat mencatatkan 7,497 tan metrik pada tahun lepas.
PUTRAJAYA, 3 JUN: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan 279 warga asing dari Bangladesh, Pakistan dan India memasuki negara ini tanpa memenuhi syarat kemasukan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
KUALA LUMPUR, 3 JUN: Telaah, sesi diskusi dan membedah buku serta karya melalui audio siar yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 semalam, akan diperluas dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
SHAH ALAM, 2 JUN: Status cuaca panas yang melanda beberapa daerah di tiga negeri kini berada pada Tahap 1 atau berjaga-jaga kerana mencatat suhu maksimum harian hingga 37 darjah celsius tiga hari berturut-turut.
MERSING, 2 JUN: Dua beradik berumur 15 dan 13 tahun ditemukan lemas ketika mandi di pantai Pulau Mentigi di sini petang tadi.
ALOR GAJAH, 2 JUN: Seorang pesara polis cedera di kepala selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas, sebelum merempuh sebuah kedai makan di Jalan Pantai Belimbing, Durian Tunggal di sini hari ini.
KUALA NERUS, 2 JUN: Sebuah rumah dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Teluk Ketapang di sini hari ini.
Oleh Abdul Rahman Fahmi Abdul Aziz PETALING JAYA, 2 JUN: Mangsa kebakaran saluran gas di Putra Heights di sini berharap bantuan sementara seperti bayaran sewa rumah, kereta dan motosikal yang diterima daripada pelbagai pihak sebelum ini dapat dilanjutkan selepas sebahagian daripadanya tamat...
MAKKAH, 2 JUN: Lembaga Tabung Haji (TH) memberi jaminan tiada jemaah haji Malaysia akan tertinggal untuk berwukuf di Arafah Khamis ini, meskipun Kerajaan Arab Saudi melaksanakan sekatan keluar masuk khemah sempena musim haji tahun ini.
KUALA LUMPUR, 2 JUN: Di saat orang ramai hanya mampu menjerit di pesisir pantai, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain bertindak sebaliknya dengan terjun ke laut dan berenang pantas ke arah bot pelancong yang terbalik demi menyelamatkan nyawa, termasuk dua anak kecil yang menangis ketakutan.
KUALA LUMPUR, 2 JUN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah akan mengadakan Kembara Diraja ke seluruh Wilayah Persekutuan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.