KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memanggil dua saksi baharu untuk memberi keterangan esok berhubung program motivasi rumah tangga e-Hati yang dikatakan mengandungi unsur lucah dan penyebaran fahaman meragukan bagi membantu siasatan.
SEPANG, 14 JULAI: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menolak kemasukan 131 warga asing di Terminal 1 di sini pada Jumaat lepas kerana gagal memenuhi syarat kemasukan.
JASIN, 14 JULAI: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan perbincangan bagi mengehadkan jumlah guru untuk menyertai aktiviti luar sekolah, kata Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad.
Oleh Amirahwani Rahimi SHAH ALAM, 14 JULAI: Belia masa kini semakin taksub terhadap media sosial hingga memberi kesan langsung kepada kesihatan mental mereka, menurut kaunselor. Pensyarah kanan kaunseling Taylor's University, Dr Ahmad Mustaqim Yusoff berkata amalan bangun tidur dan terus...
PASIR SALAK 14 JULAI: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) memperkenalkan dua varieti baharu padi untuk menangani isu berkaitan padi angin.
KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini melancarkan sebanyak 310 bas diesel di bawah Program Penggantian Bas 2025, dalam usaha memperkukuh perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang dan Pulau Pinang.
SHAH ALAM, 14 JULAI: Tatacara operasi piawai (SOP) yang ketat dan teliti tidak mematahkan semangat pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) mendaftar bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan operasi lancar mengikut peraturan.
KLANG, 14 JUL: Suasana di sekitar Jalan Kebun di sini kini bagaikan pesta durian apabila deretan gerai menjual ‘raja buah’ itu membanjiri kawasan berkenaan, menarik perhatian penggemar tegar durian.
KUALA LUMPUR, 14 JULAI: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjenamakan semula Integrated Ticketing System (KITS) kepada SuperApp KITS Style bagi mewujudkan sistem pengangkutan yang lebih cekap, selamat, mampan dan berdaya saing sekali gus meningkatkan mutu hidup rakyat.
KLANG, 14 JUL: Musim durian tahun ini mencatatkan permintaan yang kekal tinggi tanpa sebarang lambakan buah, malah harga masih dianggap berpatutan meskipun berlaku sedikit kenaikan bagi beberapa gred premium.
SHAH ALAM, 14 JULAI: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di lima lokasi hari ini.
SHAH ALAM, 13 JUL: Pengiktirafan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Taman Hutan Selangor (FRIM-FPS) sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO mengukuhkan imej negeri sebagai hab ekopelancongan global, sekali gus melonjakkan kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).
SHAH ALAM, 13 JUL: Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) menafikan laporan media berhubung dakwaan pihaknya perlu membayar RM8.3 juta dalam tempoh 14 hari berhubung isu saman kecuaian perubatan.
PENAMPANG, 13 JUL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang dalam fasa akhir merangka Dasar Pengguna Negara (DPN) 2.0 sebelum dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.
SHAH ALAM, 13 JULAI: Pasangan suami isteri yang berdepan masalah rumah tangga dinasihat merujuk pihak berautoriti sebelum menyertai sebarang program motivasi.
SHAH ALAM, 13 JUL: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keletihan selepas menyertai program santai ‘Picnic & Potluck’ di Putrajaya pagi tadi.
JOHOR BAHRU, 13 JULAI: Bangkai helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam kemalangan di Sungai Pulai, Gelang Patah pada Khamis lepas, dijangka akan dinaikkan dalam masa terdekat, sama ada esok atau lusa.
KUALA LUMPUR, 13 JULAI: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi sebarang aktiviti berkaitan gerakan militan berasaskan fahaman ekstremis Islamic State (IS) dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
SUNGAI PETANI, 13 JULAI: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan ditemukan tanpa pakaian dan tidak berlapik di atas tanah berbatu di bahu jalan di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau dekat sini, pagi semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.