Hujan lebat, angin kencang landa beberapa negeri hingga 1 tengah hari

9 Apr 2026, 2:40 AM
Hujan lebat, angin kencang landa beberapa negeri hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 9 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di utara Semenanjung sehingga jam 1 tengah hari ini.

Antara kawasan terlibat ialah Perlis, Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu, selain Pulau Pinang.

Di Perak, kawasan terjejas termasuk Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Manjung.

Menurut MetMalaysia, cuaca berkenaan dijangka membawa hujan lebat serta angin kencang dalam tempoh tersebut.

"Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

"Amaran tersebut merupakan amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan merancang perjalanan dengan berhati-hati sepanjang tempoh cuaca buruk ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.