Semua pelajar cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM

8 Apr 2026, 3:07 PM
Semua pelajar cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM

KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menawarkan tempat kepada semua 6,717 calon yang memperoleh keputusan cemerlang 10A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 ke Program Matrikulasi bagi sesi 2026/2027.

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan tawaran automatik itu diberikan kepada semua calon yang memohon program berkenaan tanpa mengambil kira kaum dan latar belakang.

“Pada masa sama, kuota kemasukan 90 peratus bumiputera ke program Matrikulasi kekal dan tidak terjejas,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

TAG: KPM, matrikulasi, keputusan cemerlang, SPM, tawaran

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.