SHAH ALAM, 26 JULAI: Golongan lelaki mencatat jumlah kematian akibat lemas tertinggi di Malaysia sepanjang lima tahun kebelakangan ini.
GUA MUSANG, 26 JULAI: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan nilai eksport durian Malaysia melepasi RM1.5 bilion pada tahun ini susulan permintaan kukuh daripada pasaran utama seperti China, Singapura, Hong Kong dan Kanada.
SEMPORNA, 26 JUL: Kementerian Kewangan (MOF) mengagihkan RM52.7 juta kepada 46,568 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tidak memiliki akaun bank, dalam siri program penunaian STR di seluruh negara.
JOHOR BAHRU, 26 JULAI: Dua pegawai penguat kuasa ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini malam tadi kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku "Flying Passport".
KUALA BERANG, 26 JULAI: Enam pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Melaka dikenakan tindakan buang sekolah selepas didapati terlibat dalam kejadian buli pada Jumaat lepas.
PUTRAJAYA, 26 JUL: Akademi Bahas MADANI bakal ditubuhkan secara berperingkat di semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh negara sebagai usaha memperkukuh kemahiran berbahasa dan pengucapan awam dalam kalangan pelajar yang bakal menyertai Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri edisi akan datang.
SHAH ALAM, 26 JULAI: Pemerkasaan program pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) mampu membentuk Selangor menjadi negeri berteknologi tinggi pada masa hadapan, kata Dato' Menteri Besar.
GEORGE TOWN, 26 JULAI: Sebanyak lima orang cedera parah manakala seorang cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan yang kesemuanya dilanggar oleh sebuah Proton X70 di tiga lokasi berbeza di sini malam tadi.
SHAH ALAM, 26 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sehingga jam 5 petang ini.
PUTRAJAYA, 26 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Ahli Parlimen supaya menerapkan budaya berbahas secara beradab dan sopan di Dewan Rakyat tanpa perlu menghina atau memaki hamun.
GEORGE TOWN, 26 JUL: Kementerian Kewangan menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan sebarang cubaan penipuan berkaitan pemberian bantuan tunai RM100 secara sekali bayar menerusi Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
SHAH ALAM, 26 JUL: Tujuh daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 3 petang.
DUNGUN, 26 JUL: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor beruang matahari yang berkeliaran di Kampung Padang Ping, di sini sejak minggu lepas.
KUANTAN, 26 JULAI: Seorang penerjun cedera manakala dua lagi terselamat selepas tersasar dari lokasi pendaratan dalam acara BASE Jump Extreme Challenge bersempena dengan Pesta Kuantan 188, di sini semalam.
Oleh AIDA NYAN KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Basikal bukan sekadar alat riadah atau mainan kanak-kanak, sebaliknya memiliki potensi besar sebagai pemangkin perubahan sosial, kata aktivis berbasikal, Akmal Azfar Abd Mutalib. Menerusi dua inisiatif utamanya The Park Tool School - Learn One Teach One...
SHAH ALAM, 25 JULAI: Pejabat Dato’ Menteri Besar mengecam tindakan Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan bertajuk “Penjawat awam Selangor boleh hadir Himpunan Turun Anwar” petang tadi, yang disifatkan tidak benar dan berunsur fitnah.
PUTRAJAYA, 25 JULAI: Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan 4,184 rondaan darat dan 645 penerbangan dron bagi memantau aktiviti pembakaran terbuka yang berpotensi menyumbang kepada jerebu sejak awal tahun hingga semalam.
JERLUN, 25 JULAI: Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di kawasan Muda di Kedah akan membawa reformasi menyeluruh kepada ekosistem industri padi dan beras negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Kerajaan Selangor berhasrat membawa karya kanak-kanak yang dihasilkan penerbit dan penulis tempatan untuk dipamerkan serta diperkenalkan di Pesta Buku Kanak-Kanak Bologna pada masa akan datang.
SHAH ALAM, 25 JULAI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini hari ini bersempena sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Selangor 2025.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.