KUANTAN, 10 FEB: Polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 275.47 kilogram bernilai lebih RM8 juta serta menahan dua lelaki disyaki mengedar bahan terlarang itu susulan kejadian langgar lari di Kampung Pagar Sasak, Lipis, dekat sini, Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 9 FEB: Siasatan awal polis mendapati suspek melepaskan tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor malam tadi, dipercayai akibat berang ditegur pekerja pembersihan supaya mengalihkan barang yang diletakkan di kawasan kejadian.
ALOR GAJAH, 9 FEB: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan menggagalkan cubaan menyeludup 10 arnab bernilai RM15,000 di perairan Pantai Pengkalan Balak, tengah malam tadi.
SHAH ALAM, 9 FEB: Polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini malam tadi.
SHAH ALAM, 9 FEB: Seorang pekerja pembersihan mengalami kecederaan pada kaki dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini.
SHAH ALAM, 8 FEB: Polis mengesahkan satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini.
GEORGE TOWN, 8 FEB: Lelaki warga asing berusia 52 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.
KUALA LUMPUR, 8 FEB: Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) baru-baru ini untuk arahan selanjutnya.
PUTRAJAYA, 8 FEB: Jabatan Imigresen merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield, Kuala Lumpur pada Khamis lalu, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
SHAH ALAM, 7 FEB: Dua warga emas terpaksa menanggung kerugian lebih RM5 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
PETALING JAYA, 7 FEB: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin merupakan seorang budak yang baik dan tidak mudah tantrum semasa dia menguruskan kanak-kanak autistik itu di sekolah pada Mac hingga Dis 2023.
JOHOR BAHRU, 7 FEB: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menetapkan 25 Feb sebagai tarikh keputusan permohonan peniaga Rosmaini Abd Raof bagi penangguhan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma pada 2011.
KANGAR, 7 FEB: Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
KUALA LUMPUR, 6 FEB: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran rokok dan minuman keras tidak bercukai kastam berjumlah RM4.45 juta dalam serbuan di tiga premis di Keningau, Sabah, Isnin lepas.
KUALA LUMPUR, 6 FEB: Seorang pegawai bank lelaki dan seorang eksekutif jualan wanita kerugian lebih RM2.33 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
KUALA LUMPUR, 6 FEB: Polis menahan dua lagi individu yang disyaki terbabit dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini, pada 29 Jan lepas.
KUALA LUMPUR, 6 FEB: Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
KUALA LUMPUR, 6 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman lima individu termasuk tiga penjawat awam disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah berjumlah RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan di negeri Pantai Timur dan selatan tanah air.
KUALA LUMPUR, 6 FEB: Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia akibat kecederaan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, awal pagi semalam.
KUALA LUMPUR, 6 FEB: Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan saham yang menjadikan tiga unit kondominium di Sri Petaling, di sini, sebagai pusat panggilan dengan penahanan lapan individu, pada Selasa.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.