KEPALA BATAS, 14 APRIL: Anggota polis yang tertembak diri sendiri di bahagian kepala dalam kejadian di bilik pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini Selasa lepas, dipercayai mengalami beberapa masalah peribadi termasuk isu kewangan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah...
KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 103 warga asing dalam operasi di Pasar Chow Kit di sini pagi tadi.
SEPANG, 13 APRIL: Sebuah lori melanggar 15 kenderaan lain di jalan susur turun dari Plaza Tol Serenia menghala ke Cyberjaya di sini semalam, dipercayai akibat kerosakan brek.
SEPANG, 12 APRIL: Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi dan Dengkil di sini.
JASIN, 12 APRIL: Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memberikan bantuan bagi melepaskan jari seorang wanita bersama anaknya berumur enam tahun, yang tersepit rantai basikal di Taman Merlimau Permai di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 11 APRIL: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu dan merampas aset bernilai RM3.17 bilion dipercayai berkait rapat dengan skim penipuan pelaburan jenis Ponzi dikenali sebagai Pelaburan MBI yang berpusat di sebuah negara jiran.
SHAH ALAM, 11 APRIL: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular memaparkan kejadian ragut di hadapan sebuah pasar raya di Setia Alam, di sini semalam.
GEORGE TOWN, 10 APRIL: Anggota polis yang parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri di bahagian kepala dalam kejadian di bilik pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini Selasa lalu, meninggal dunia petang ini.
KUALA LUMPUR, 10 APRIL: Suami isteri yang juga pemilik dan penjaga sebuah rumah perlindungan kanak-kanak persendirian di Batu 9, Cheras, di sini ditahan hari ini selepas disyaki mendera penghuni premis itu.
KOTA KINABALU, 10 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencatatkan jumlah sitaan sebanyak RM483.38 juta dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dengan nilai sitaan terbesar membabitkan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
SUNGAI BESAR, 10 APRIL: Pembantu kedai makan dihukum penjara sebulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan membuang mayat mangsa ke dalam tandas di sebuah stesen minyak, bulan lalu.
ISKANDAR PUTERI, 10 APR: Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian bayi lelaki berusia lima bulan disahkan meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah pusat jagaan di Kangkar Pulai di sini, semalam.
JOHOR BAHRU, 9 APRIL: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan menyunting, mengedar dan menjual gambar lucah yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) di media sosial.
KUCHING, 9 APRIL: Bekas pembantu tadbir kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 468 tahun dan didenda RM180 juta atau 36 bulan penjara serta tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas terbabit dalam pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) yang melibatkan jumlah lebih RM16 juta.
PETALING JAYA, 9 APRIL: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu terdapat kelibat seorang kanak-kanak dipercayai Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan bersebelahan Apartment Idaman, Damansara Damai.
JOHOR BAHRU, 9 APRIL: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di daerah ini kerana disyaki bertindak sebagai ejen sindiket penipuan pekerjaan, pada 13 Mac lepas.
KANGAR, 9 APRIL: Seorang wanita ditahan berhampiran Jejambat Titi Kerbau, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis dekat sini semalam kerana disyaki mendera anak perempuannya berusia 11 tahun.
KEPALA BATAS, 9 APRIL: Seorang petugas sektor kesihatan mengalami kerugian lebih RM1.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud, di sini baru-baru ini.
GEORGE TOWN, 8 APRIL: Seorang anggota polis yang bertugas di Kontinjen Pulau Pinang cedera parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.
PETALING JAYA, 8 APRIL: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kematian kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin bukan kematian biasa sebaliknya dikategorikan sebagai mencurigakan atau pembunuhan sehingga dibuktikan sebaliknya (homicide until proven otherwise).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.