Remaja perempuan antara lima individu direman kes penemuan rangka bayi

26 Mac 2026, 7:07 AM
Remaja perempuan antara lima individu direman kes penemuan rangka bayi

ALOR GAJAH, 26 MAC: Remaja perempuan berusia 19 tahun yang dipercayai ibu kepada rangka bayi ditemukan ditanam di hadapan sebuah rumah di Kelemak di sini, antara lima yang direman bagi membantu siasatan kes itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kamarul Aris Kamaludin mengeluarkan perintah reman empat hari bermula hari ini, terhadap semua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran.

Suspek lain ialah teman lelaki serta tiga ahli keluarga remaja perempuan itu iaitu ibu, kakak dan adik lelaki.

Terdahulu, mereka yang berusia antara 16 hingga 40 tahun tiba di Kompleks Mahkamah Alor Gajah kira-kira 8.50 pagi dengan diiringi polis dan bergari.

Semalam, media melaporkan penemuan rangka bayi ditanam di hadapan sebuah rumah di Kelemak dipercayai sejak kira-kira empat bulan lepas.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.